Tuesday, March 25, 2008

Sesak nafas

Tadi malam, aku sakit dada dan mengalami sesak nafas. Dan kini, hingga saat aku menulis posting ini, aku mula merasa lelah.

Ya Allah, izinkan lah aku menatap wajah isteri kesayangan ku agar dapat aku mencium tangannya untuk memohon segala salah aku terhadapnya selama ini.

Ya Allah, saat ini aku resah merindui isteri aku.

Hanya kepadaMu tempat aku memohon.

Amin.

Friday, March 21, 2008

Dah jadi budaya kita pulak ya...

Dulu, tak lama, tahun lepas bila BERSIH buat demonstrasi aman nak serah memorandum kepada Agong, puak-puak Umno/BN kata demo bukan budaya kita.

Demo BERSIH dikatakan demo haram dan ganas. Ganas sebab polis yang buat jadi ganas. Orang berkumpul pi sembur air berasid dan tembak gas pemedih mata buat apa? Bengong...

Sekarang, baru lagi, minggu lepas puak Umno/BN pulak yang demonstrasi bantah apa yang Kerajaan Rakyat di Selangor dan Penang nak laksanakan. Eh! tiba-tiba dia pun nak berdemo ya... dah jadi buaday kita pulak ke? Lupa ke apa yang cakap tahun lepas? Memang betul kata bekas presiden Umno, Mahathir Mohamad... Melayu mudah lupa. Tapi kena ingat, Mahathir cakap masa perhimpunan agung Umno, maksud dia Melayu Umno yang mudah lupa. Melayu PAS, PKR dan lain-lain tak mudah lupa.

Anjing Umno/BN (polis) tak pulak sembur air berasid dan tembak gas pemedih mata bila puak Umno buat demo. Ya lah Umno yang buat tak boleh nak sembur air berasid dan tembak gas pemedih mata takut nanti cedera pulak Melayu Umno ni, maklumlah Melayu Umno je rakyat Malaysia, yang lain bukan.

Huh!!!...

Thursday, March 20, 2008

Hmmm...

satu.

PRU12 lalu, rakyat dengan jelas menolak Umno/BN. Mesej ini jelas dan aku harap sekelompok pemimpin PAS juga faham mesej rakyat ini.

Jadi, jangan cuba-cuba nak berunding dengan Umno. Jangan 'lapar' sangat nak jadi menteri. Umno tak boleh selamatkan Islam dan Melayu. Umno hanya boleh selamatkan kroni, anak dan bini saja. Harap faham... rakyat tolak Umno/BN.

Selagi ada Umno dan konco-konconya dalam BN, akan wujud masalah kaum... kononnya masalah kaum kerana puak-puak ni lah yang akan mencipta masalah kaum.

Wahai pemimpin PAS yang 'lapar' nak jadi menteri... ingat, sekarang orang Cina, India dan lain-lain sudah boleh terima PAS. Kenapa tak contohi Tuan Guru Nik Aziz yang melihat Melayu, Cina, India dan lain-lain itu adalah sama... manusia dan berasal dari keturunan sama Adam. Kenapa nak sangat berunding dengan Umno? Malam ni menang, esok pagi dah berunding dengan Umno kenapa ngok?

Melayu, Cina, India dan lain-lain adalah bangsa Malaysia. Kenapa kita nak terikut-ikut rentak tari Umno/BN yang masih mendendangkan lagu soal kaum di zaman siber ini?

dua.

Khabarnya, Khalid Ibrahim yang kini sudah bergelar Menteri Besar Selangor akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak atas alasan mahu menumpukan tugas sebagai MB.

Baguslah kalau macam tu.

Khabarnya pula, yang akan bertanding di Bandar Tun Razak nanti adalah Penasihat KeADILan, Anwar Ibrahim.

Katalah Anwar menang, maka dia akan bergelar ahli parlimen Bandar Tun Razak. Isterinya Wan Azizah kini ahli parlimen Permatang Pauh manakala anaknya Nurul Izzah ahli parlimen Lembah Pantai. Uiks... parti anak beranak ke ni?

Dah sama macam DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

Kutuk Abdullah Ahmad Badawi sebab beri laluan kepada menantu dan beri gelaran kerajaan anak beranak, tapi nampaknya macam nak jadi sama juga.

Hmmm... entahlah.

Monday, March 17, 2008

Dalam kerinduan

Aku dalam kerinduan dan sedang di mamah rindu...

Saturday, March 15, 2008

Yang tersiar di Harakahdaily dan Malaysia-today

Rencana dibawah sebenarnya aku tulis pada 11 Mac lalu untuk disiarkan di edition.globalmediachannel.tv (tempat aku kerja sekarang) Pada hari yang sama rencana ini turut disiarkan oleh Harakahdaily dan Malaysia-today. Aku tak tau siapa yang masukkan rencana ini ke dalam Harakahdaily dan Malaysia-today dan aku juga tak kisah. Rencana ini juga disiarkan dalam edisi khas Harakah dengan tajuk yang berlainan.

Rakyat sudah bersuara, Abdullah wajar berundur

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) sudah ketahui umum. Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa dengan kehilangan majoriti dua pertiga. Ini adalah merupakan kali pertama dalam sejarah, BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Lebih parah lagi keputusan PRU12 menyaksikan BN kehilangan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah disamping terus gagal menawan Kelantan sejak 1990.

Rakyat Malaysia yang keluar mengundi pada 8 Mac lalu telah memberikan satu tamparan hebat kepada BN yang mempunyai 14 parti komponen itu sejak ia memerintah 50 tahun lepas.

Keputusan PRU12 juga boleh diibaratkan satu gelombang umpama tsunami yang menimpa BN dan cukup untuk membuatkan pemimpin BN resah gelisah menghadapi kebangkitan rakyat.

Kebangkitan rakyat ini juga menyaksikan beberapa pemimpin kanan parti komponen BN serta beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri tersungkur.

Berbeza dari pilihanraya sebelumnya, kali ini pemimpin BN tidak lagi mendabik dada dan angkuh. Malah kebanyakkan dari pemimpin BN enggan bertemu dan menjawab soalan wartawan. Abdullah sendiri hanya membuat kenyataan media selama lima minit dan enggan melayan pertanyaan wartawan yang telah lama menunggu beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Suasana di PWTC pada malam pengiraan undi itu agak muram. Abdullah yang tiba beberapa jam kemudian juga kelihatan tidak ceria berbeza ketika beliau menunggu keputusan Pilihanraya Umum ke 11 (PRU11) pada tahun 2004.

Stesen-stesen televisyen juga terpaksa membuat rancangan analisa pilihanraya bersama beberapa tokoh yang turut terkejut dengan kekalahan teruk BN.

Analaisa-analisa dibuat mengenai kekalahan BN dan stesen TV pula seolah cuba membuat lawak dengan cuba untuk melambat-lambatkan keputusan di negeri-negeri yang BN tewas.

Malang bagi stesen-stesen TV tersebut kerana rakyat lebih awal mengetahui keputusan pilihanraya dengan menggunakan akses internet dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Usaha untuk menipu rakyat dan melambatkan keputusan tidak berjaya hinggakan ada para penganalisa politik yang dijemput menyindir tindakan bodoh stesen TV tersebut.

BN hanya memperolehi 137 kerusi parlimen berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan. Kabinet baru sukar untuk dibentuk biarpun BN masih menjadi kerajaan kerana ramai pemimpin utama BN tewas.

Khairy antara faktor kekalahan

Akibat dari kekalahan teruk BN dalam PRU12 ini, ramai pemimpin BN mula menunding jari ke arah menantu kesanyangan Abdullah iaitu Khairy Jamaluddin yang menang kerusi parlimen Rembau selepas tiga kali kiraan.

Pemimpin BN tidak hanya menyalahkan kegagalan Abdullah tetapi turut melepaskan marah mereka kepada Khairy yang selama ini bergitu berkuasa hingga menjadi bongkak dan angkuh.

Keputusan PRU12 membuktikan bahawa rakyat menolak kepimpinan ala samseng yang dibawa oleh Khairy. Keputusan PRU12 juga membuktikan rakyat menolak pemimpin yang kerap tertidur seperti Abdullah Ahamad Badawi.

Ahli-ahli Umno secara jelas menyatakan kekalahan teruk BN ini adalah disebabkan oleh campur tangan Khairy yang melampau dalam pentadbiran bapa mertuanya.

Abdullah pula selama empat tahun lalu membuat kesilapan kerana tidak mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Majlis Tertinggi Umno sebaliknya lebih mengutamakan nasihat dari anak beliau Kamaluddin dan dari suaminya Nori, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Tiada Bin seperti tercatat dalam kad pengenalan beliau).

Selain Kamaluddin dan Khairy, Abdullah turut membiarkan individu seperti Kalimullah mencampuri urusan pentandiran negara dan Umno. Ini menyebabkan ahli Umno dan rakyat Malaysia marah lalu menunjukkan protes mereka dalam PRU12.

Masalah yang paling besar didakwa orang-orang Umno ialah campur tangan Khairy meletakkan orang-orangnya dalam senarai calon BN sehingga mengetepikan ramai incumbent.

Akibat daripada campur tangan ini, orang-orang Umno memboikot calon BN, jentera pilihan raya tidak digerakkan dan mereka enggan keluar mengundi calon pilihan Khairy.

Bukan hanya ahli Umno yang menolak calon pilihan Khairy malah rakyat Malaysia juga turut menolak calon pilihan menantu Abdullah itu. Mereka tidak mahu kerajaan Malaysia dikuasai oleh budak hingusan yang berlagak seperti samseng yang angkuh.

Lihat saja di Kelantan, keanggkuhan Khairy dengan kempen ‘Pade Doh 18 Tahun PAS’ dan ‘2008 Tahun Merawat Kelantan’ serta tindakan Khiary bersama pemimpin Umno lain yang mengecam kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dibalas dengan kekalaha teruk.

Rakyat Kelantan membalas kempen Khairy dan Umno dengan kempen mereka sendiri ‘Pade Doh 50 Tahun BN’ serta ‘2008 tahun merawat pemimpin BN’. Akibatnya BN hanya memperolehi enam kerusi sahaja berbading 22 ketika PRU11 2004 yang lalu.

Rakyat sudah lakukan protes

Selama ini jika ada rakyat yang membuat demonstrasi jalanan, Abdullah dan pemimpin BN akan segera memberi nasihat agar tidak melakukan protes dijalanan tetapi menggunakan cara yang betul untuk meluahkan marah mereka.

Keputusan PRU12 ini boleh dianggap rakyat menurut nasihat Abdullah dan pemimpin BN agar menggunakan saluran yang betul untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Rakyat sudah bersuara mengikut kehendak Abdullah dan pemimpin BN. Rakyat tidak lagi turun ke jalanraya hingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengarahkan ribuan anggota polis mengawal mereka.

Rakyat sudah menyatakan protes mereka melalui pilihanraya. Kini Abdullah, Khairy, Najib dan pemimpin BN perlu mendengar suara rakyat kerana mereka yang mahukan rakyat bersuara melalui pilihanraya.

PRU12 sudah selesai. Rakyat Malaysia sudah menjalankan kewajipan mereka dan rakyat juga sudah bersuara dengan jelas. Sewajarnya Abdullah Ahmad Badawi menerima keputusan PRU 12 dengan cara meletak jawatan.

Thursday, March 13, 2008

Kit Siang pun Flip-Flop

Sebelum ini Abdullah Ahmad Badawi dilabelkan sebagai Perdana Menteri Flip-Flop. Hari ini bertambah seorang lagi pemimpin Flip-Flop.

Semalam Lim Kit Siang, tokoh utama DAP menolak calon PAS Muhamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Kerajaan Rakyat Perak yang telah diperkenankan oleh Raja Nazrin, pemangku Sultan Perak.

Hari ini, Kit Siang mohon maaf kepada sultan dan berkata kenyataan media beliau semalam adalah pandangan peribadi sahaja. Maaf kepada rakyat macam mana?

Semalam dalam kenyataan medianya, Kit Siang menyebut DAP menolak Nizar bukan beliau. Hari ini cakap lain pulak.

Kini, rakyat mengecam DAP. Jika ini gayanya, PRU akan datang tak mustahil Barisan Rakyat akan tumbang kepada Barisan Nasional.

Hmmm...

Tuesday, March 11, 2008

Menunggu 17 April

Aku kini menunggu tarikh 17 April, tarikh itu, isteriku Munirah akan pulang ke Malaysia setelah selesai bertugas sebagai pemantau pilihanraya di Nepal.

Tadi malam sempat chatting bersama Munirah. Terubat sedikit rindu.

Hmmm... lambatnya 17 April

Sunday, March 9, 2008

Merindui isteri

Saat merayakan kemenangan PAS di Kelantan, aku sendiri kerana isteriku Munirah kini sudah berada di Bangkok sebelum esok pagi berangkat ke Nepal.

Cuba hubungi dia tapi sayang tak dapat. Aku rindukan isteriku Munirah.

Sayang, I Love U

Rakyat sudah bersuara, undur LAH

Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Barisan Nasional dinafikan dua pertiga majoriti di Parlimen. Apa lagi yang nak ditunggu? Perjuangan mu sudah selesai. Undur LAH.

Thursday, March 6, 2008

TRANSKRIP PROKLAMASI PILIHANRAYA 2008 MURSYIDUL AM PAS

(Proklamasi dibuat di hadapan 8,000 anak Kelantan di perantauan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2008)

Assalamualaikum WMWB dan salam sejahtera, Bismillahi rroh manirrohiim.

“Tahukah kamu bagaimana Tuhanmu telah bertindak ke atas tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka yang menyesatkan untuk menghancurkan Ka’abah itu sia-sia? Lalu dihantarNya burung-burung yang berbondong-bondong yang melempari mereka dengan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Lalu, dijadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat”(Al-Fiil Ayat 1-6)

Mungkin pilihanraya kali ke-12 yang akan berlangsung pada 8 Mac 2008 adalah pilihanraya yang paling sengit yang pernah kita akan saksikan. Saya perhatikan, isu yang boleh menggugat keharmonian dan kestabilan negara cukup besar dan banyak sedangkan saya belum pernah lagi melihat betapa kepimpinan negara sedang berada dalam satu tahap penguasaan yang amat rendah, genting dan lemah. Dalam hampir setiap keadaan, kelemahan-kelemahan substantif ini tidak syak lagi sedang membebankan kehidupan rakyat, baik dari segi ketenangan hidup beragama, maruah Islam, keadilan dan hak asasi, inflasi, kenaikan tol dan petrol, rasuah, pembaziran dan jenayah, rogol, dedah, dadah dan belasah serta hubungan antara kaum yang kelihatan semakin tegang dan menampakkan tanda-tanda keretakan yang mendukacitakan. Ini semua berpunca dari sikap pemimpin UMNO/BN yang kehilangan arah, fokus dan tumpuan.

Anehnya, dalam serba kekurangan itu, mereka masih berdegil untuk berpaut didahan kuasa; bahkan masih ingin meraih mandat baru bagi terus mengekalkan hegamoni kuasa dengan meraih majoriti yang lebih besar. Dan, dalam keadaan beginilah pentingnya seluruh warga pengundi tidak mensia-siakan anugerah dan rahmat Allah swt untuk menggunakan kuasa rakyat. Hanya melalui suara demokrasi sahaja, UMNO/BN boleh disemak dan ditegur kehadirannya; bahkan wajar dipersoalkan keperluan akan kewujudannya. Sekali pandang tidak syak lagi parti yang kehilangan arah ini telah luput tempoh kegemilangannya. Daya hayat dan tarikh sah laku UMNO/BN seakan-akan sudah tiba masanya. Zaman kecemerlangannya telah patah turun. Inilah akibatnya apabila UMNO/BN jijik terhadap Islam, bahkan mahu memusnahkan Islam habis-habisan. Kini tiba giliran PAS untuk muncul sebagai pasukan misi penyelamat.

Untuk itu, izinkan saya meletakkan Sembilan Premis asas sebagai landasan berfikir :

Premis Pertama – Hidup ini bukan satu kebetulan. Ia dirancang oelh Allah, Malaikat dan para Nabi serta Rasul a.s. Tidakkah hidup ini perlu menurut syariat? Setipa amal dan aktiviti hidup manusia direkod dalam bentuk taat atau maksiat, dosa atau pahala, untuk menerima balasan sama ada syurga atau neraka. Soalnya, ke mana hilangnya, ghaibnya premis perhambaan manusia terhadap Alllah yang menjadi paksi hidup mati setiap mukmin yang sepenting ini? Apa jaminan golongan yang menolak ajaran Islam dan penyokongnya ini untuk selamat di akhirat kelak?

Premis Kedua – Dalam keadaan yang serba lemah dan perlukan rawatan, masih wajarkah UMNO/BN selaku pesakit kronik terus diberikan keistimewaan untuk berada di kerusi pilot lagi?

Premis Ketiga – Jika katakan mereka masih ditakdirkan berada di kerusi kuasa lagi, maka apakah tidak mustahak Malaysia diwakili oleh suara pembangkang yang lebih kencang dan signifikan di kedua-dua dewan; demi menyemak pemerintah yang lemah ini dari terus menerus melakukan kesilapan dan dosa dan menzalimi rakyat? Ini adalah asas demokrasi yang UMNO/BN sendiri turut menerimanya.

Premis Keempat – Dalam konteks kepentingan Islam dan Melayu, apakah nasib yang menimpa umat hari ini akan mendapat pembelaan di masa depan tanpa kehadiran suara semakkan yang teliti dari PAS dan BA selaku “custodian” dan pengawal hak bagi kepentingan kaum dan rakyat majoriti?

Premis Kelima – Apa akan terjadi jika melalui apa jua pun cara sekalipun, yang di atur oleh UMNO/BN, tiba-tiba Kelantan juga turut disembamkan (nauzubillah) sedangkan bumi ini adalah kubu maruah ketuanan Islam dan paksi kekuatan ekonomi orang Melayu yang terakhir? Ertinya, jika UMNO/BN menang apakah bermakna bahawa segala yang diharamkan oleh Islam melalui usaha PAS akan dihidupkan semula di atas nama Islam Hadhari? Apakah semangat memperhambakan diri kepada Allah akan ditukar untuk menghambakan diri sesama manusia?

Premis Keenam – Dalam hambatan dan kekangan yang ada di Kelantan, tidak mencukupi lagikah bukti-bukti kemampuan Islam yang penuh bersahabat dan berkebajikan, hasil ikhtiar kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS? Tidakkah telah terbukti PAS mampu menerajui pelbagai pembaharuan yang turut ditiru oleh kerajaan pusat? Tidakkah ini cukup untuk menjadi “standing evidence” sebagai parti alternatif masyarakat Malaysia?

Premis Ketujuh – Tidakkah generasi muda dan kaum wanita terasa dihargai dengan segala program pengisian yang diberikan ruang berupa penghormatan dan pengiktirafan seperti program-program Nisa’ Games, pertunjukkan fesyen, konsert fenomena Mawi, motorcross, jogathon, narathon, dan futsal; bahkan hampir serba-serbi setakat yang tidak bercanggah dengan syariat, adab dan peraturan Ilahi?

Premis Kelapan – Dalam menangani dan mengimbangi kuasa politik antara kaum, tidakkah bertapaknya PAS diperingkat pusat dan sebahagian dari negeri-negeri wajar dilihat sebagai proses pengukuhan buat UMNO/BN itu sendiri?

Premis Kesembilan - Tidakkah rakyat diluar Kelantan boleh melihat betapa ego dan kepentingan UMNO/BN yang cuma melihat projek pembangunan sebagai “skim cepat kaya” boleh dikurangkan sedikit melalui kuasa undi ke kotak parti-parti alternatif? Sesungguhnya kerakusan nafsu dan kuasa UMNO/BN yang semakin liar ini perlu disemak atau disekat perjalanannya demi menyelamatkan demokrasi.

Disinilah letaknya kepentingan semua pihak untuk memahami tanggungjawab sebenar dalam pusingan pilihanraya pada kali ini. Jika anak Kelantan di luar Kelantan memahami kelapan-lapan premis yang telah saya bangkitkan ini, mereka akan tentu bersedia untuk pulang biarpun dalam keadaan berjalan kaki. Mereka perlu pulang ke kota ini. Hatta, jika perlu merangkak ke kampung sekalipun, maka pulanglah. Selaku orang tua dihujung serambi, kami akan sentiasa menunggu kepulangan anak-anak di hari lebaran ini.

Ingatlah. Undilah dengan penuh cermat. Dalam setiap langkah dan pangkahan tuan-tuan sekalian, ada terdapat sepotong hukum yang bercabang dalam dua kemungkinan mudah iaitu sama ada pahala atau dosa. Selaku Mursyidul Am PAS, izinkan saya dengan seikhlas dan serendahnya merayu tuan puan untuk bersama dengan Parti Islam SeMalaysia. Dengan nada itu saya telah menyampaikan sebuah harapan. Namun, kepada Allah swt jualah tempat kami berserah dan menyandarkan segala tawakkal. Wallahu a’lam.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
Tanggal 23 Rabiul Awal 1429H/ bersamaan 1 Mac 2008.


Wednesday, March 5, 2008

Universiti Malaya

Pada Julai 2007, berkatalah Imam Besar mazhab Islam Hadhari, Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menjual tanah kawasan Universiti Malaya (UM) kepada mana-mana pihak.

Kaki tidur itu berkata begitu apabila cadangan untuk menjual tanah kawasan UM ditentang oleh ramai rakyat Malaysia terutama bekas pelajar UM, kakitangannya dan penduduk sekitarnya.

Maka hasrat seorang cukong Cina untuk mengaut keuntungan dari tanah kawasan UM itu tergendala.

Namun, tiga minggu lepas, kroni Abdullah, Annuar Zaini telah 'mengadai' sebidang tanah premier (bernilai tinggi) seluas 27 ekar dalam kawasan kampus UM kepada sebuah pemaju hartanah Mint PPC Glomac Whitestone untuk dijadikan kondominium mewah.

Nilai tanah tersebut adalah RM500 juta tetapi atas 'kebijaksanaan' Annuar, tanah tersebut dijual dengan harga RM200 juta, kurang RM300 juta dari harga asal.

Malangnya nasib UM, sudahlah kedudukan dalam rangking universiti dunia jatuh merundum, tanah yang mahal pulak dijual dengan harga yang murah.

NOTA KAKI : Universiti Sobborne masih tegak berdiri di tengah kota Paris semenjak ia didirikan hampir 700tahun dahulu. Polytechnic Central London menjadi University of Westminster masih tegak berdiri di tengah-tengah kota London semenjak 200 tahun dahulu. University College London berselirat di sekitar kotaLondon masih tegak berdiri di tempat yang sama semenjak 180 tahun dahulu walau pun harga tanah adalah yang termahal di dunia. University Al-Azahar masihtegak berdiri di tengah-tengah kota Kaherah selama 700tahun. Oxford, Cambridge, MIT, Yale, Havard, UCLA semuanya tegak berdiri di tempat yang sama. Kenapa? Kerana tidak ada cukong Cina dan politikusMelayu/Bumiputera.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz b Nik Mat

Tadi siang, Tuan Guru Datuk Nik Aziz b Nik Mat datang ke studio untuk sidang media khas. Sehari selepas penamaan calon, hampir setiap hari akan diadakan sidang media di studio Global Media Channel (ofis aku). Dan yang sering membuat sidang media adalah Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa. Setiap hari, Dato' Husam akan berdepan dengan wartawan, mendedahkan pelbagai isu (yang tak akan mungkin disiarkan oleh media siar arus perdana) dan menjawab pelbagai isu.

Hari ketiga diadakan sidang media, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa hadir untuk bertemu wartawan yang bukan hanya dari Malaysia tapi ada juga dari Singapura dan Hong Kong.

Hari ini, bukan setakat Dato' Husam tetapi hadir sama adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Salahuddin Ayob dan selepas keduanya barulah Tuan Guru Datuk Nik Aziz hadir.

Dua hari sebelumnya, Tuan Guru Datuk Nik Aziz bersama Dato' Husam ke Kuala Lumpur untuk bertemu anak-anak Kelantan di perantauan. Majlis diadakan di sebelah malam bertempat di Hotel Nikko. Lebih 5000 orang yang hadir. Antara pesanan Tuan Guru Datuk Nik Aziz kepada anak-anak Kelantan adalah begini.

"Balik lah mengundi. Kalau ada duit beli sendiri tiket bas, kalau tak ada duit naik bas yang Umno sediakan, naik je terus takbir... kalau driver bas nak patah balik, ambik alih tugas driver bawak bas tu balik ke Kelantan dan pertahankan kerajaan yang ditadbir oleh PAS. Kalau Umno bagi duit RM500, ambik dan balik juga tapi jangan naik bas... naik kapal terbang,"

Dan anak-anak Kelantan di perantaun seramai lebih 5000 orang itu berjanji, jika terpaksa merangkak sekalipun mereka akan balik untuk mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.

Tuhan, nama aku Irwan. Aku memohon kepada Mu pemilik kerajaan langit dan bumi agar memberikan kemenangan kepada PAS di Kelantan dalam Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) 8 Mac nanti. Sesungguhnya, hanya inilah satu-satunya kerajaan yang ada di Malaysia yang bebas dari rasuah dan mentadbir negeri mengikut apa yang kau perintahkan.

p/s: Menulis posting ini ketika sedang merindui isteri tercinta Munirah. E sayang Nirah!

Tuesday, March 4, 2008

Munirahku ke Kuala Lumpur

Hari ini Munirahku ke Kuala Lumpur untuk persediaan ke Nepal. Sama ada program ke Nepal ditunda atau tidak belum dapat dipastikan tetapi Munirahku tetap ke Kuala Lumpur bersama abah. Kalau Munirahku confirm ke Nepal, 10 Mac nanti, dia tidak lagi perlu tergesa-gesa untuk ke Kuala Lumpur kerana hari ini sudah ke sana. Munirahku masih belum mendapatkan visa untuk ke Nepal.

Aku memang sedih tapi perlu aku kuat. Munirahku akan pergi ke Nepal untuk tempoh lima minggu. Doa aku semoga semuanya selamat.

Munirah,

E sayang Nirah, E cinta Nirah.

Dah rindu ni.

Sunday, March 2, 2008

Bulan

Nak puasa tengok anak bulan. Nak raya tengok anak bulan. Nak dapat gaji tunggu cukup bulan. Nak bersalin tunggu sampai bulan. Nak terkenal naik ke bulan. 8 haribulan, tak kan tak nak pangkah bulan.

Salor

Tadi pagi secara tidak sengaja, aku mengikuti Datuk Paduka Haji Husam Musa melawat Dun Salor tempat beliau akan bertanding dalam Pilihanraya Umum 8 Mac nanti.

Tadi pagi ketika hendak ke pejabat bersama Basri (aku menumpang Basri ke pejabat kerana aku masih belum tahu memandu), kami terserempak Datuk Haji Husam di tepi jalan dalam Naza Carnivallnya.

Beliau melambai tangan kepada aku, meminta kami berhenti. Aku turun dari kereta dan mendapatkan Datuk Haji Husam.

"Nak kemana?" soal beliau.

"Ke ofis tok," aku jawab pendek.

"Ada apa program?" soal beliau lagi.

"Prepare untuk pc Datuk nanti la," aku jawab lagi.

"Ikut saya sekejap... naik kereta tu boleh," soal beliau sambil menunjukkan ke arah kereta kancil biru yang dipandu Basri.

Aku mendapatkan Basri dan memberitahu apa yang Datuk Haji Husam inginkan. Selepas beliau meletakkan Naza Carnivallnya di satu tempat, kami menuju ke arah beliau. Lalu beliau naik dan mengarahkan kami menuju ke satu tempat.

Tempat pertama, sebuah kedai kopi, sarapan sebelum seorang penghulu datang mendapatkan beliau. Belum sempat habis air diminum, sudah ada permintaan agar Datuk Haji Husam ke satu tempat lain.

Tempat kedua, kedai kopi juga, Datuk Haji Husam mendapatkan sebungkus nasi kerabu untuk dimakan sambil dia berbual-bual dengan pelanggan yang ada di kedai tersebut. Kemudian kami ke sebuah rumah di mana anak kepada pemilik rumah ini sudah setahun terbaring kerana accident. Datuk Haji Husam mendapatkan nama individu tersebut untuk diberikan bantuan pada 5hb Mac nanti. Aku lihat dalam senarai itu sudah banyak nama yang siap ditaip.

Kemudian setelah mendapat dua batang tebu untuk ditanam dari jiran (orang Umno) kepada pakcik yang anaknya terlantar sakit itu, kami singgah lagi di sebuah kedai kopi lain. Datuk Husam mendapatkan dua biji telur setengah masak sebelum pergi ke beberapa buah rumah orang miskin dan juga beberapa buah rumah masyarakt Cina yang terdapat disitu.

Kata orang Cina di kawasan itu, "Jangan bimbang, kami pangkah BULAN, pangkah BN... sengsara kami nanti,"

Selepas itu kami menuju ke sebuah rumah yang baru saja berlaku kematian. Datuk Haji Husam, aku, Basri dan seorang lagi yang tak aku ketahui namanya sempat mensedekahkan fatihah. Aku lihat riak kesedihan di wajah Datuk Haji Husam bila melihat anak-anak si mati yang masih kecil.

Selepas itu, kami ke beberapa buah rumah lain. Salah sebuah rumah yang berhampiran dengan rumah si mati terdapat seorang makcik tua yang mempunyai seorang anak bisu. Anak ini boleh menjahit tetapi kerana kemiskinan, dia tidak mampu untuk membeli mesin jahit untuk mengambil upah menjahit, lalu Datuk Haji Husam berkata, "Ambo beli mesin jahit... ambo sedekoh,"

Makcik itu aku lihat bergenang airmata bila mendapat tahu anaknya yang bisu akan mendapat sebuah mesin jahit baru selewat-lewatnya esok.

Kemudian, datuk Haji Husam terpaksa menghadiri mesyuarat di Pejabat PAS Dun Salor. Aku dan Basri tinggal beliau disitu kerana drivernya sudah siap menunggu.

Datuk Paduka Haji Husam hanya menaiki kancil untuk bertemu rakyat. Kata salah seorang penduduk yang sempat aku berbual, kalau calon Umno/BN barang tentu naik Mercedes cermin gelap atau Harrier.

Apa yang dilakukan oleh Datuk Haji Husam bukanlah lakonan menjelang pilihanraya tetapi beliau memang seorang yang humble dan senang didekati biarpun berwajah serius.