Wednesday, March 5, 2008

Universiti Malaya

Pada Julai 2007, berkatalah Imam Besar mazhab Islam Hadhari, Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menjual tanah kawasan Universiti Malaya (UM) kepada mana-mana pihak.

Kaki tidur itu berkata begitu apabila cadangan untuk menjual tanah kawasan UM ditentang oleh ramai rakyat Malaysia terutama bekas pelajar UM, kakitangannya dan penduduk sekitarnya.

Maka hasrat seorang cukong Cina untuk mengaut keuntungan dari tanah kawasan UM itu tergendala.

Namun, tiga minggu lepas, kroni Abdullah, Annuar Zaini telah 'mengadai' sebidang tanah premier (bernilai tinggi) seluas 27 ekar dalam kawasan kampus UM kepada sebuah pemaju hartanah Mint PPC Glomac Whitestone untuk dijadikan kondominium mewah.

Nilai tanah tersebut adalah RM500 juta tetapi atas 'kebijaksanaan' Annuar, tanah tersebut dijual dengan harga RM200 juta, kurang RM300 juta dari harga asal.

Malangnya nasib UM, sudahlah kedudukan dalam rangking universiti dunia jatuh merundum, tanah yang mahal pulak dijual dengan harga yang murah.

NOTA KAKI : Universiti Sobborne masih tegak berdiri di tengah kota Paris semenjak ia didirikan hampir 700tahun dahulu. Polytechnic Central London menjadi University of Westminster masih tegak berdiri di tengah-tengah kota London semenjak 200 tahun dahulu. University College London berselirat di sekitar kotaLondon masih tegak berdiri di tempat yang sama semenjak 180 tahun dahulu walau pun harga tanah adalah yang termahal di dunia. University Al-Azahar masihtegak berdiri di tengah-tengah kota Kaherah selama 700tahun. Oxford, Cambridge, MIT, Yale, Havard, UCLA semuanya tegak berdiri di tempat yang sama. Kenapa? Kerana tidak ada cukong Cina dan politikusMelayu/Bumiputera.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz b Nik Mat

Tadi siang, Tuan Guru Datuk Nik Aziz b Nik Mat datang ke studio untuk sidang media khas. Sehari selepas penamaan calon, hampir setiap hari akan diadakan sidang media di studio Global Media Channel (ofis aku). Dan yang sering membuat sidang media adalah Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa. Setiap hari, Dato' Husam akan berdepan dengan wartawan, mendedahkan pelbagai isu (yang tak akan mungkin disiarkan oleh media siar arus perdana) dan menjawab pelbagai isu.

Hari ketiga diadakan sidang media, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa hadir untuk bertemu wartawan yang bukan hanya dari Malaysia tapi ada juga dari Singapura dan Hong Kong.

Hari ini, bukan setakat Dato' Husam tetapi hadir sama adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Salahuddin Ayob dan selepas keduanya barulah Tuan Guru Datuk Nik Aziz hadir.

Dua hari sebelumnya, Tuan Guru Datuk Nik Aziz bersama Dato' Husam ke Kuala Lumpur untuk bertemu anak-anak Kelantan di perantauan. Majlis diadakan di sebelah malam bertempat di Hotel Nikko. Lebih 5000 orang yang hadir. Antara pesanan Tuan Guru Datuk Nik Aziz kepada anak-anak Kelantan adalah begini.

"Balik lah mengundi. Kalau ada duit beli sendiri tiket bas, kalau tak ada duit naik bas yang Umno sediakan, naik je terus takbir... kalau driver bas nak patah balik, ambik alih tugas driver bawak bas tu balik ke Kelantan dan pertahankan kerajaan yang ditadbir oleh PAS. Kalau Umno bagi duit RM500, ambik dan balik juga tapi jangan naik bas... naik kapal terbang,"

Dan anak-anak Kelantan di perantaun seramai lebih 5000 orang itu berjanji, jika terpaksa merangkak sekalipun mereka akan balik untuk mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.

Tuhan, nama aku Irwan. Aku memohon kepada Mu pemilik kerajaan langit dan bumi agar memberikan kemenangan kepada PAS di Kelantan dalam Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) 8 Mac nanti. Sesungguhnya, hanya inilah satu-satunya kerajaan yang ada di Malaysia yang bebas dari rasuah dan mentadbir negeri mengikut apa yang kau perintahkan.

p/s: Menulis posting ini ketika sedang merindui isteri tercinta Munirah. E sayang Nirah!

Tuesday, March 4, 2008

Munirahku ke Kuala Lumpur

Hari ini Munirahku ke Kuala Lumpur untuk persediaan ke Nepal. Sama ada program ke Nepal ditunda atau tidak belum dapat dipastikan tetapi Munirahku tetap ke Kuala Lumpur bersama abah. Kalau Munirahku confirm ke Nepal, 10 Mac nanti, dia tidak lagi perlu tergesa-gesa untuk ke Kuala Lumpur kerana hari ini sudah ke sana. Munirahku masih belum mendapatkan visa untuk ke Nepal.

Aku memang sedih tapi perlu aku kuat. Munirahku akan pergi ke Nepal untuk tempoh lima minggu. Doa aku semoga semuanya selamat.

Munirah,

E sayang Nirah, E cinta Nirah.

Dah rindu ni.

Sunday, March 2, 2008

Bulan

Nak puasa tengok anak bulan. Nak raya tengok anak bulan. Nak dapat gaji tunggu cukup bulan. Nak bersalin tunggu sampai bulan. Nak terkenal naik ke bulan. 8 haribulan, tak kan tak nak pangkah bulan.

Salor

Tadi pagi secara tidak sengaja, aku mengikuti Datuk Paduka Haji Husam Musa melawat Dun Salor tempat beliau akan bertanding dalam Pilihanraya Umum 8 Mac nanti.

Tadi pagi ketika hendak ke pejabat bersama Basri (aku menumpang Basri ke pejabat kerana aku masih belum tahu memandu), kami terserempak Datuk Haji Husam di tepi jalan dalam Naza Carnivallnya.

Beliau melambai tangan kepada aku, meminta kami berhenti. Aku turun dari kereta dan mendapatkan Datuk Haji Husam.

"Nak kemana?" soal beliau.

"Ke ofis tok," aku jawab pendek.

"Ada apa program?" soal beliau lagi.

"Prepare untuk pc Datuk nanti la," aku jawab lagi.

"Ikut saya sekejap... naik kereta tu boleh," soal beliau sambil menunjukkan ke arah kereta kancil biru yang dipandu Basri.

Aku mendapatkan Basri dan memberitahu apa yang Datuk Haji Husam inginkan. Selepas beliau meletakkan Naza Carnivallnya di satu tempat, kami menuju ke arah beliau. Lalu beliau naik dan mengarahkan kami menuju ke satu tempat.

Tempat pertama, sebuah kedai kopi, sarapan sebelum seorang penghulu datang mendapatkan beliau. Belum sempat habis air diminum, sudah ada permintaan agar Datuk Haji Husam ke satu tempat lain.

Tempat kedua, kedai kopi juga, Datuk Haji Husam mendapatkan sebungkus nasi kerabu untuk dimakan sambil dia berbual-bual dengan pelanggan yang ada di kedai tersebut. Kemudian kami ke sebuah rumah di mana anak kepada pemilik rumah ini sudah setahun terbaring kerana accident. Datuk Haji Husam mendapatkan nama individu tersebut untuk diberikan bantuan pada 5hb Mac nanti. Aku lihat dalam senarai itu sudah banyak nama yang siap ditaip.

Kemudian setelah mendapat dua batang tebu untuk ditanam dari jiran (orang Umno) kepada pakcik yang anaknya terlantar sakit itu, kami singgah lagi di sebuah kedai kopi lain. Datuk Husam mendapatkan dua biji telur setengah masak sebelum pergi ke beberapa buah rumah orang miskin dan juga beberapa buah rumah masyarakt Cina yang terdapat disitu.

Kata orang Cina di kawasan itu, "Jangan bimbang, kami pangkah BULAN, pangkah BN... sengsara kami nanti,"

Selepas itu kami menuju ke sebuah rumah yang baru saja berlaku kematian. Datuk Haji Husam, aku, Basri dan seorang lagi yang tak aku ketahui namanya sempat mensedekahkan fatihah. Aku lihat riak kesedihan di wajah Datuk Haji Husam bila melihat anak-anak si mati yang masih kecil.

Selepas itu, kami ke beberapa buah rumah lain. Salah sebuah rumah yang berhampiran dengan rumah si mati terdapat seorang makcik tua yang mempunyai seorang anak bisu. Anak ini boleh menjahit tetapi kerana kemiskinan, dia tidak mampu untuk membeli mesin jahit untuk mengambil upah menjahit, lalu Datuk Haji Husam berkata, "Ambo beli mesin jahit... ambo sedekoh,"

Makcik itu aku lihat bergenang airmata bila mendapat tahu anaknya yang bisu akan mendapat sebuah mesin jahit baru selewat-lewatnya esok.

Kemudian, datuk Haji Husam terpaksa menghadiri mesyuarat di Pejabat PAS Dun Salor. Aku dan Basri tinggal beliau disitu kerana drivernya sudah siap menunggu.

Datuk Paduka Haji Husam hanya menaiki kancil untuk bertemu rakyat. Kata salah seorang penduduk yang sempat aku berbual, kalau calon Umno/BN barang tentu naik Mercedes cermin gelap atau Harrier.

Apa yang dilakukan oleh Datuk Haji Husam bukanlah lakonan menjelang pilihanraya tetapi beliau memang seorang yang humble dan senang didekati biarpun berwajah serius.

Monday, February 25, 2008

Bakal merindu

Mula esok, Munirah akan pergi ke KL dan seterusnya pada 1 Mac, dia akan berangkat ke Bangkok untuk ke Nepal bagi menjalankan kerja-kerja memantau pilihanraya di Nepal.

Sejak hari pembubaran parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008, aku sudah mula sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, lalu tidak banyak masa dapat aku luangkan bersama Munirah.

Dan mula esok hingga 17 April nanti, aku akan menanggung rindu terhadap Munirah. Pada 15 hingga 18 Februari lalu, Munirah ke Kuala Lumpur atas beberapa urusan dan ketika terpisah untuk empat hari pun aku begitu merinduinya.

Doa aku agar perjalanan Munirah ke Nepal dan perjalanan pulang ke Malaysia selamat serta selamat juga hendaknya ketika berada di Nepal.

Nirah, biar apa pun E amat mencintai dan menyanyangi Nirah. Benar kita perlu lebih mencintai Allah tetapi sebagai hubungan antara manusia dan manusia, hanya Nirah di hati E, lebih-lebih lagi Nirah adalah isteri E.

I LOVE U SAYANG.

Tuesday, February 12, 2008

Entah

Aku kini buntu, resah, gelisah, sedih, kecewa, hampa dan keliru. Cuma mampu berserah kepada takdirNya.