Hmmm... internet kat ofis asyik problem. Dari petang semalam aku tak dapat nak update berita. Dan ada masanya langsung tak boleh nak masuk mana-mana website atau portal atau blog.
Dapat masuk blog aku ni pun tak tau berapa lama boleh masuk. Mana pergi budak IT atau mereka yang sepatutnya jaga IT? Rasa macam sia-sia je diberikan laptop sebab tak dapat internet.
Apa yang aku buat cuma tulis dan tulis. Sambung tulis novel... heh! nak jadi novelis kononnya... novel satira... kat Malaysia dah kurang penulis novel satira. Dulu ada juga Adi Alhadi a.k.a Matt Romeo, ada Mishar (bekas boss aku, salah seorang pengasas majalah Gila-Gila) ada Ujang, ada Malungun.
Dulu aku sudah siapkan satu novel 'Opera Kuala Lumpur', kisah sisi gelap Kuala Lumpur, kisah masyarakat, kisah marhaen. Tapi entah macam mana novel yang belum publish tu hilang entah ke mana. Aku cuai, tapi jalan ceritanya masih aku ingat, nak tulis balik pun boleh tapi banyak kena ubah ikut zaman.
Ada juga kerangka cerita zaman sebelum munculnya Kerajaan Melaka, zaman dimana penduduk di Malaya atau Tanah Melayu atau apa namanya aku tak pasti lagi, mempercayai bahawa adanya satu kuasa lain yang menghidup dan mengerakkan mereka. Masih banyak perlu buat research dan tak tau bila akan aku tulis.
Tapi untuk permulaan, aku nak siapkan novel satira dulu. Nak cuba 'black comedy' atau 'komedi hitam' kononnya lah, jadi atau tak... jalan je lah.
Hmmm... bila nak ok balik internet kat ofis ni???
1 comment:
akak ada noli me tangere and el filibusterismo (Versi english) yg dibeli di filipina. really good books exposing the evil of the colonials in the phillipines, written by jose rizal. he is indeed ahead of his time. tapi akak pulak blum ada time nak baca
Post a Comment