Saturday, September 19, 2009

Salam Eidul Fitri

Salam lebaran. Lama betul tak update blog. Sibuk dicampur lagi dengan malas maka dah lebih dua bulan blog ni tak diupdate.

Aku update blog kali ni di malam raya. Tak balik kampung lalu apa lagi nak buat. Kenapa setiap kali raya mesti balik kampung? Tak boleh ke kalau semua yang tinggal kat kl ni raya je di sini?

Satu lagi yang agak klise bila ada yang cakap.. "raya sekarang dah tak best... tak meriah macam dulu,". Kalau dah tak best kenapa balik kampung? Sebenarnya bukan raya dah tak best... cuba tanya budak-budak, best tak raya? Mesti diaorang akan cakap... best. Kita rasa tak best sebab faktor umur yang dah meningkat, jadi semangat nak raya tak sama macam zaman kita budak-budak. Ye lah kalau budak-budak, ada rasa tak sabar nak pakai baju baru, nak dapat duit raya dan nak main mercun. Tak kan yang dah besar panjang macam kita ni - sesetengah tu dah ada anak, mungkin dah nak dapat menantu atau cucu - masih lagi tak sabar nak pakai baju baru. Nak harap dapat duit raya, rasanya tak dapat dah... nak kena hulur lagi adalah, nak main mercun boleh lagi tapi tak lah meriah macam zaman budak-budak. Jadi sebenarnya, raya bukan dah tak best, tapi umur kita yang meningkat membuatkan kita sering bernostalgia kemeriahan raya ketika zaman kanak-kanak.

Macam juga kita dengar lagu, kita tak dapat nak masuk dengan muzik budak-budak zaman sekarang, jadi kita kata lagu sekarang dah tak best. Yang sebenarnya, umur kita yang meningkat itu menyebabkan kita bernostalgia ketika kita remaja atau muda-muda. Jadi bila bernostalgia, kita akan ingat semua benda yang indah termasuk lagu... lagu zaman kita, kita enjoy lagu zaman kita jadi kita rasa lagu zaman tu lagi best dari lagu sekarang. Sama macam zaman kita remaja, mak ayah kita kata lagu yang kita dengar entah apa-apa dan mereka kata lagu zaman mereka muda-muda lagi best.

Jadi, kesimpulannya, best ke tak best raya ke apa ke, terpulang kepada kita.

Tuesday, June 9, 2009

Doa

Rabb,

Segala puji-pujian aku tujukan kepada Mu
Hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu
Aku hamba Mu mohon keampunan dari Mu
Aku hamba Mu mohon bicara bahasa duka

Rabb,

Aku benar-benar keliru
Aku benar-benar buntu
Untuk apa pertemuan itu?
Untuk apa penyatuan itu?

Rabb,

Aku hamba Mu yang kerdil
Aku hamba Mu yang lemah
Aku mohon pertolonganMu
Aku mohon bantuanMu

Rabb,

Tenangkanlah jiwaku
Terangkanlah hatiku
Agar dapat aku memahami dan mengerti
Segala yang sedang berlaku

Rabb,

Kepada Mu aku serahkan segalanya

Amin

Suatu masa di tahun 1981

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.

Saudara-saudara sekalian,

Percayalah, kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno,
Kita menentang Barisan Nasional, bukan kerana nama dia Barisan Nasional,
Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,
Mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah.
Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.

Percayalah saudara,
Perjuangan kita adalah jihad,
Ucapan kita adalah jihad,
Ucapan kita adalah jihad,
Derma kita adalah jihad,
Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini,
Kalau kita mati kerana berlawan ini,
Mati kita adalah mati syahid,
Mati kita adalah mati Islam,

Kita tidak payah masuk Yahudi,
Kita tidak payah masuk Kristian,
Kita tidak payah masuk Hindu,
Kita tidak payah masuk Buddha,
Tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku

Friday, June 5, 2009

Altantuya

Sajak dibawah merupakan ciptaan sepenuhnya pemimpin rakyat Haji Mohamad Sabu dan dibacakan ketika Malam Kebudayaan sempena Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam.

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga

Aku wanita Ajnabi merantau kemana-mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Ku kuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama

Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa

Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluhT
ubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku

Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah

Saturday, May 23, 2009

Krisis politik Perak: Serahkan saja kepada rakyat

Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah tidak menamatkan krisis politik di negeri tersebut.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Yang elok dan lebih sahih untuk membuat keputusan bagi mengatasi kemelut politik Perak bukan ketiga-tiga hakim itu sebaliknya krisis ini sewajarnya dirujuk kepada Mahkamah Rakyat yang mana warga Perak yang layak mengundi (dan mendaftar sebagai pengundi di negeri itu)akan bertindak sebagai hakim yang memutuskan kerajaan mana berhak untuk mentadbir dan memerintah negeri kesayangan mereka.

Belum pernah dalam sejarah, sesebuah kerajaan tertubuh atau terbentuk dengan keputusan yang dibuat di mahkamah.

Sebaiknya restu dan kuasa rakyat diminta untuk menubuh atau membentuk sesebuah kerajaan kerana rakyat merupakan hakim yang sah dalam sistem demokrasi.

Untuk itu, penyelesaian terbaik bagi krisis politik Perak adalah membubarkan segera Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Serahkan kuasa menentukan kerajaan kepada rakyat. Utamakanlah rakyat dan hormatilah prinsip demokrasi. Jangan dibunuh roh dan semangat demokrasi semata-mata kerana mahu kekal berkuasa.

Sekali lagi; Bubarkan segera Dun Perak dan serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Wednesday, May 13, 2009

Mat Sabu wakafkan diri kepada PAS

"AKU kena tangkap" jerit Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob dan seorang ahli PAS, Ali Maidin yang ketika itu sedang minum disebuah restoran di Jalan Pahang Barat.

Kejadian jam 3.10 petang Rabu 6 Mei lalu berlaku dalam sekelip mata. 10 anggota Polis berpakaian biasa seberapa segera ingin menyelesaikan misi 'menculik' Mohamad Sabu.

Sebelum 'diculik' dan 'dilarikan' ke destinasi yang entah dimana, Mohamad sedang mimum bersama Salahuddin Ayob dan Ali Maidin disebuah restoran di belakang Hospital Tawakkal.
Mohamad kemudiannya meninggalkan Salahuddin dan Ali untuk bertemu Pengerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali di pejabat pengurusan Harakah.

Baru beberapa langkah meninggalkan restoran tersebut, beliau dihampiri tiga orang polis berpakaian biasa -dua lelaki,satu wanita- dan terus menarik Mohamad ke kereta yang menunggu diseberang jalan.

Tanpa menunjukkan kad kuasa dan tidak juga menunjukkan waran, ketiga anggota polis itu menarik Mohamad untuk dilarikan. Ketika itulah beliau menjerit kepada Salahuddin dan Ali.
Salahuddin dan Ali kemudiaannya bergegas menuju ke arah Mohamad dan berusaha untuk menyelamatkan pemimpin kanan PAS tu dari dilarikan.

Keduanya berjaya menarik Mohamad untuk dibawa ke pejabat Ali yang berada diatas restoran tempat mereka minum sebelumnya tetapi baru separuh jalan, enam anggota polis berpakaian biasa yang lain menarik Salahuddin dan Ali hingga menyebabkan Ali terjatuh.

Mohamad sekali lagi cuba dilarikan. Beberapa ahli PAS yang berada disitu cuba membantu melepaskan Mohamad. Berlaku pergelutan seketika.

Sejak awal, ketika mula dihampiri polis, Mohamad sudah meminta mereka menunjukkan kad kuasa dan juga waran tangkap. Tetapi polis tidak menghiraukan permintaan tersebut.
Mohamad akhirnya berjaya disumbat ke dalam kereta dan dilarikan ke destinasi yang tidak diketahui.

Kejadian itu membuktikan polis Malaysia memang cekap dan hebat. Cekap kerana dalam masa beberapa minit sahaja, mereka berjaya 'menculik' dan 'melarikan' Mohamad Sabu serta hebat kerana tidak perlu menunjukkan kad kuasa dan waran tangkap.

Pembantu Mohamad bernama Halim berusaha menjejaki ke mana pejuang rakyat itu dilarikan. Mulanya Mohamad dikatakan 'dilarikan' ke Balai polis Sentul tapi setelah ke sana, ternyata beliau tidak berada disitu.

Lewat petang baru diketahui Mohamad 'dilarikan' ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sebelah malamnya pula beliau dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kemudian subuh esoknya (7 Mei) beliau dibawa ke Tanjung Malim.

Esoknya, 7 Mei, isteri beliau, Normah Alwi dan Halim serta salah seorang anak mereka ke Bukit Aman untuk menemui Mohamad. Setelah lebih sejam menunggu, mereka diberitahu Mohamad telah dibawa ke Tanjung Malim untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tanjung Malim pukul 2.00 petang hari yang sama. Ketiga mereka bergegas ke Tanjung Malim.

Sikap polis amat dikesali Normah. Biarpun sudah menjangka suaminya akan ditahan tetapi cara penahanan amat dikesali.

"Mereka 'menculik' suami saya dan dibawa entah kemana. Apakah mereka ingin lakukan suami saya seperti Altantuya, 'dihilangkan' begitu sahaja?" soal beliau sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Hari itu, jalan menuju ke Mahkamah Majistret Tanjung Malim ditutup dari kedua-dua arah. Empat buah trak FRU dan sebuah trak water canon siap sedia di hadapan mahkamah.
Biarpun hanya 20 orang ahli PAS yang berada di kawasan sekitar mahkamah tersebut tetapi persiapan pasukan FRU seolah-olah akan berlaku rusuhan di pekan Tanjung Malin jika Mohamad terus ditahan reman.

Dianggarkan hampir 200 anggota FRU berada di kawasan berdekatan Mahkamah Majistret Tanjung Malim. Satu jumlah yang besar bagi seorang yang bernama Mohamad Sabu.
Lebih kurang pukul 2.45 petang, mahkamah memutuskan perintah tahanan reman polis ditolak kerana alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat meragukan.

Hujah pegawai penyiasat, Mohamad dituduh menghasut orang ramai supaya mengagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang berlangsung sebelah paginya.

Pasukan peguam Mohamad menyanggah hujah tersebut kerana Mohamad hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke program solat hajat, doa munajat dan solat subuh di masjid Al-Ittihadiyah, Manjoi, Ipoh.

Program tersebut diadakan bagi memohon ke hadrat Ilahi supaya dijaga keamanan negeri Perak bukan untuk menghuru-harakan negeri tersebut.

selepas mahkamah memutuskan menolak perintah tahanan reman ke atas Mohamad, barulah pegawai penyiasat mahu mengambil keterangan daripada beliau. Semasa berada di Pulapol Jalan Semarak dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, tiada sebarang keterangan diambil.

Hanya kerana menganjurkan solat hajat dan mengajak rakyat yang beragama Islam ke masjid untuk bermunajat bersama, Mohamad ditahan polis dibawah akta hasutan.

Mohamad yang telah bersama PAS sejak 33 tahun yang lalu merupakan seorang pejuang yang gigih. Beliau sangup meninggalkan kerja yang menawarkan pendapatan yang lumayan semata-mata kerana mahu berjuang menegakkan Islam.

Beliau seorang yang berprinsip dan tidak termakan dengan pujukan atau tawaran daripada pihak-pihak yang mampu memberikan kemewahan.

Apa yang penting bagi beliau perjuangan PAS untuk membentuk kerajaan dan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuhkan. Sebarang usaha untuk mengadaikan perjuangan parti akan ditentang habis-habisan.

Mohamad amat disenangi oleh ahli-ahli PAS dan juga rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ke mana sahaja beliau pergi sambutan daripada rakyat membuktikan beliau merupakan pemimpin harapan rakyat.

Kerana itu, tidak hairan setiap kali Mohamad berceramah, jumlah yang hadir tidak kurang dari 5,000 orang.

Namun begitu, keupayaan Mohamad mengerakkan rakyat dan keakraban beliau dengan masyarakt berbilang bangsa amat tidak disenangi oleh musuh-musuhnya.

Isteri beliau turut hairan dengan sikap musuh-musuh Mohamad yang terlalu cemburu dengan suaminya itu sedangkan lelaki kelahiran Pulau Pinang itu sangat ikhlas berjuang untuk mengukuhkan PAS.

Sudah beberapa kali Mohamad terpaksa bermalam dilokap dan pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang tahun 1987.

Begitulah pengalaman yang harus ditempuh oleh seorang pemimpin dan pejuang rakyat yang ikhlas berjuang demi menegakkan kebenaran Islam dibumi tercinta ini.

Sebaik sahaja menyertai PAS, Mohamad telah mewakafkan dirinya kepada PAS demi untuk menegakkan Islam.

Thursday, April 23, 2009

SPR budak suruhan Umno

MENGIKUT Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (Dun) terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semasa menunaikan tanggungjawabnya, SPR, selaku badan bebas, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam mengendalikan pilihan raya.

Fungsi utama SPR adalah seperti yang berikut:-

1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar SPR adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

Begitulah yang sepatutnya peranan yang harus dimainkan oleh SPR sebagai sebuah badan bebas yang diamanahkan untuk mengawal perjalanan pilihanraya di negara ini.

Namun begitu, apa yang berlaku adalah sebaliknya. SPR tidak menjadi sebuah badan bebas tetapi menjadi sebuah badan yang sering dipengaruhi oleh parti pemerintah iaitu Umno dan Barisan Nasional (BN).

SPR yang dikawal oleh BN telah menambah fungsinya daripada tiga kepada lima. Penambahan fungsi ini dilakukan adalah semata-mata bagi memenuhi kehendak politik Umno-BN.

Tindakan SPR yang membatalkan notis pengosongan kerusi Dun Changkat Jering, Behrang dan Jelapang yang dikeluarkan oleh Speaker Dun Perak V Sivakumar merupakan fungsi keempat SPR dibawah telunjuk Umno-BN.

Pembatalan notis kekosongan kerusi yang dikeluarkan speaker Dun itu jelas merupakan satu tindakan diluar bidang kuasa SPR. Yang perlu dilakukan oleh SPR sepatutnya menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya serta menjalankan pilihanraya kecil di ketiga-tiga DUn tersebut.

Namun kerana Umno-BN yang merampas pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat bimbang jika diadakan pilihanraya kecil akan menyebabkan mereka kalah teruk, maka SPR dengan penuh taat menjalankan fungsi tambahannya dengan membatalkan notis pengosongan kerusi ketiga-tiga Dun tersebut.

Terbaru pula sebaik saja kerusi Dun Penanti dikosongkan, SPR yang telah menerima surat pengesahan perletakan jawatan penyadang kerusi Dun tersebut Mohammad Fairus Khairuddin mengeluarkan kenyataan akan mengkaji sama ada perlu atau tidak diadakan pilihanraya kecil di Dun tersebut.

Ini merupakan satu lagi fungsi terbaru SPR yang dilakukan semata-mata kerana mahu menjaga kepentingan politik Umno-BN. Sepatutnya setelah menerima surat pengesahan daripada Speaker Dun Pulau Pinang, SPR perlu menetapkan tarikh pilihanraya bukan mengkaji sama ada perlu atau tidak diadakan pilihanraya.

Kerusi tersebut telah dikosongkan, rakyat di Dun Penanti berhak untuk memilih wakil rakyat baru mereka bukan menyerahkan tanggungjawab itu kepada SPR.

SPR tidak seharusnya mengikut telunjuk Umno-BN yang kini semakin takut untuk menerima satu lagi penolakan rakyat terhadap mereka.

Umno-BN tidak mahu lagi pilihanraya kecil diadakan kerana mereka takut untuk menerima kenyataan gelombang kebangkitan rakyat menolak politik lama.

Mereka tidak mahu terus menerus menerima kekalahan selepas tumbang dalam empat pilihanraya kecil yang diadakan sejak tamatnya Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008.

Satu lagi kekalahan yang diterima merupakan satu ancaman kepada Umno-BN yang kini diterajui oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Jika tewas lagi harapan Najib dan BN untuk terus kekal sebagai kerajaan selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti sangat tipis.

Selain itu saranan SPR yang berpendapat undang-undang pilihan raya perlu dipinda bagi mengelakkan kekosongan kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (Dun) ataupun Parlimen sengaja dicetuskan bagi memenuhi kepentingan politik parti atau pun individu tertentu.

Sambil melihat sudah wujud trend beberapa kekosongan sejak Ogos lalu sengaja diadakan, Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata, soal peribadi dan masalah dalaman parti tidak harus dijadikan alasan untuk berhenti daripada menjadi wakil rakyat.
Apa yang diperkatakan oleh Wan Ahmad itu menimbulkan banyak persoalan? Antaranya, apakah fungsi SPR kini sudah berubah?

SPR perlu berhenti daripada menari mengikut rentak kerajaan Barisan Nasional untuk meminda undang-undang pilihan raya mengikut kehendaknya.

SPR mesti memperlihatkan kebebasan, tidak berat sebelah dan profesionalisme serta mengadakan persidangan meja bulat yang disertai semua parti untuk memperkenalkan pembaharuan terhadap undang-undang pilihan raya dan sistem pemilihan bagi membolehkan rakyat bangga dengan sistem pilihan raya yang bebas,bersih dan adil.

SPR disaran mengadakan persidangan meja bulat membabitkan kesemua parti politik negara ini untuk memperkenalkan pembaharuan dalam undang-undang pilihan raya.

Wednesday, April 22, 2009

Di mana kekuatan dan kelemahan Najib?

PERDANA Menteri Malaysia yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', sebagai slogan kepimpinan beliau. Bagi Najib, konsep 'Satu Malaysia' mencerminkan satu model transformasi dan perubahan yang akan mengukuhkan lagi perpaduan nasional dan pembangunan.

Menurut Najib lagi, adalah Konsep tersebut amat penting konsep bagi menjamin tidak ada masyarakat yang terpinggir daripada apa jua bentuk pembangunan yang harus dinikmati oleh semua kaum.

Untuk perkembangan dan kestabilan negara, Najib juga mahu rakyat Malaysia mesti akur kepada perintah undang-undang, kesaksamaan dan menolak diskriminasi dan rasuah.

Namun umum mengetahui konsep tersebut hanyalah satu lagi retorik politik yang diperkenalkan oleh Najib. Inilah trend seorang Perdana Menteri yang baru dilantik.

Ketika Tun Dr Mahathir baru dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau memperkenalkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Slogan ini dibuat sebagai tanda beliau seorang Perdana Menteri yang mahukan sebuah pentadbiran yang bersih dari segala macam rasuah dan masalah.

Selepas Mahathir mengundurkan diri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri memperkenalkan pula slogan 'Bekreja bersama saya bukan untuk saya'. Slogan itu diperkenalkan supaya beliau dilihat lebih memetingkan rakyat berbanding kroni.

Namun semua slogan-slogan itu termasuk yang diperkenalkan oleh Najib hanya semata-mata satu susunan ayat untuk membina imej seseorang yang baru saja dilantik menjadi Perdana Menteri.

Pembinaan imej ini amat penting bagi seorang Perdana Menteri yang baru dilantik bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa mereka bersunguh-sungguh mahu menabur jasa kepada rakyat bukan kepada kroni.

Seorang Perdana Menteri yang baru dilantik juga memerlukan slogan-slogan yang hebat ini sebagai persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum pertama selepas beliau memegang jawatan idaman itu.

Sekurang-kurangnya dengan slogan yang bunyinya hebat ia mampu untuk mengaburi mata rakyat dan membolehkan Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya umum selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Contohnya Abdullah Ahmad Badawi memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 dengan slogan 'Bekerja Bersama Saya Bukan Untuk Saya'.

Dengan bantuan slogan tersebut dan ditambah lagi dengan imej 'Mr Clean' yang dibawa oleh Abdullah itu, rakyat Malaysia memilih untuk memberikan kemenangan besar kepada beliau dan BN dalam pilihanraya umum ke 11 itu.

Begitu juga dengan Mahathir Muhamad dalam pilihanraya umum tahun 1982. Degan slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah', Mahathir mengepalai BN memenangani pilihanraya umum tersebut dengan bergaya.

Selepas kemenangan bergaya itu, baik Mahathir atau Abdullah, kedua-duanya tidak lagi mengunakan slogan mereka itu dalam pentadbiran. Slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah' yang diperkenalkan Mahathir selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Hussein Onn hanya tinggal slogan semata-mata.

Begitu juga dengan Abdullah, selepas menang besar dalam Pilihanraya Umum ke 11 dengan slogan 'Bekerja Bersama Saya Bukan Untuk Saya', slogan tersebut hanya tinggal satu susunan kata-kata untuk mengaburi mata rakyat.

Dan kini Najib, penganti Abdullah pula tampil dengan satu slogan yang dibuat untuk dilihat beliau merupakan seorang Perdana Menteri yang memetingkan rakyat melebihi segala-galanya.
'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' slogan Najib yang memperlihatkan beliau tidak lagi memperjuangkan ketuanan Melayu yang menjadi senjata utama kempen parti pimpinan beliau selama ini.

Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri, Najib sentiasa akur dengan perjuangan Umno yang kononnya bermati-matian mempertahankan ketuanan Melayu. Untuk mendapatkan sokongan akar umbi Umno, Najib juga lantang mempertahankan konsep ketuanan Melayu Umno itu.

Namun selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Najib mula mencedok konsep yang selama ini diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Tiada lagi ketuanan Melayu sebaliknya, Najib cuba untuk dilihat sebagai seorang Perdana Menteri yang prihatin terhadap rakyat.

Selain slogan 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', Najib juga turut menamakan barisan kabinet baru beliau sebagai kabinet rakyat. Sebelum itu dalam ucapan dalam Perhimpunana Agung Umno yang lepas, Najib menggunakan istilah 'Saf' merujuk kepada barisan kepimpinan Umno yang beliau mahukan.

Penggunaan perkataan 'Saf' itu dilihat satu cubaan Najib untuk dilihat sebagai seorang yang Islamik. Jika tidak dengan cara itu, Najib yang banyak dikaitkan dengan skandal akan terus dilihat sebagai Melayu yang jauh dari Islam.

Di sini jelas memperlihatkan betapa lemahnya Najib kerana terpaksa mengikut rentak Pakatan Rakyat dan tidak mampu untuk membina kekuatan atas keupayaan atau idea beliau sendiri.
Selain dari mula menggunakan istilah 'Rakyat', Najib juga dilihat lemah bila barisan kabinet beliau dilihat umum sebagai satu saf yang telah ditentukan oleh orang lain.

Kabinet baru Najib sekadar kabinet saranan Mahathir. Melantik orang yang dilihat bersih dan diletakkan di dalam suasana yang penuh peluang untuk melakukan aktiviti tidak bersih tanpa ‘check and balance’ yang sempurna.

Najib membuktikan kepada umum bahawa beliau tidak mampu untuk membuat keputusan tanpa campurtangan daripada Mahathir. Perlantikan Mukhriz yang tewa kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno bukti bahawa kabinet yang dinamakan Najib itu adalah kabinet Mahathir.

Sehari sebelum Najib mengumumkan barisan kabinet barunya, Mahathir telah membuat kenyataan bahawa beliau akan mengkritik Najib jika Khairy dilantik sebagai menteri atau timbalan.

Bagi Mahathir dalam Umno itu hanya Khairy seorang sahaja yang mengamalkan rasuah manakala yang lainnya merupakan pemimpin yang bersih sebersih-bersihnya terutama anak beliau Mukhriz.

Setelah sah Mukhriz tersenarai dalam kabinet Najib sebagai Timlaban Menteri Perdangangan Antarabangsa. Tiada yang mengembirakan Mahathir bila anak beliau yang mendapat kedudukan tercorot dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno dipilih untuk menjadi Timbalan Menteri.

Mahathir adalah diantara orang yang paling gembira dengan pengumuman kabinet baru Najib. Mana taknya, Najib mengikut arahannya agar tidak memasukkan Khairy kedalam kabinet.

Selesai tugasan Mahathir. Anak beliau telah dihantar untuk meneruskan legasinya manakala legasi Abdullah telah berjaya dihentikan apabila Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak disenaraikan kedalam kabinet.

Mahathir juga membuktikan kelemahan awal Najib kerana terpaksa akur dengan kehendak beliau selain menamakan tiga individu yang telah terbukti ditolak rakyat dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu dalam kabinet baru yang dinamakan 'Kabinet Rakyat'.

Belum sampai sebulan menjadi Perdana Menteri, Najib telah membuktikan kepada dunia bahawa beliau seorang Perdana Menteri yang lemah yang mungkin lebih lemah daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Mengenal Kapitalisma

(Tulisan dibawah dicopy and paste dari blog tukartiub.blogspot.com. Empunya blog tersebut mengizinkan sesiapa sahaja untuk mengcopy and paste artikel di bawah ini.)

KEDAULATAN DAN GLOBALISASI

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini.

Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NOW ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi.

Wednesday, April 15, 2009

Memahami Kapatalisme

(Tulisan dibawah dicopy and paste dari blog tukartiub.blogspot.com. Empunya blog tersebut mengizinkan sesiapa sahaja untuk mengcopy and paste artikel di bawah ini.)

GLOBALISASI – SATU DUNIA BARU

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.

Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat.

Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.

Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.

Seperti tulisan minggu lalu – para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.

Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?

Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini.

Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.

Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini.

Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

Monday, April 13, 2009

Anwar masih menakutkan Umno

KETIKA Ezam Mohd Nor mahu kembali menyertai Umno setelah meninggalkan KeADILan, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun). Sebaik saja diterima sebagai ahli, tugas Ezam adalah menyerang bekas ketuanya Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ezam yang sudah tidak mempunyai parti setahun sebelum itu, menerima tugas tersebut dengan penuh rela. Anwar terus diserang.

Tugas pertama Ezam untuk menghentam bekas ketuanya itu ketika pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh. Dari satu pentas ke satu pentas selama beberapa malam, Ezam diberikan mikrofon untuk menyerang Anwar dan menyalahkan Ketua Umum KeADILan atas apa saja yang berlaku. Demi untuk membuktikan kesetiaannya kepada Umno, Ezam dengan nada suara dan gaya yang menyamai Anwar terus menerus menghentam bekas ketuanya itu. Akhirnya berkat kesungguhan Ezam yang sanggup menjadi kuda tunggangan Abdullah, keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh berpihak kepada Anwar. Kerusi parlimen Permatang Pauh kekal ditangan KeADILan dengan Anwar menang besar. Lawan Anwar dari Umno memperolehi undi kurang dari jumlah ahli Umno di Permatang Pauh.

Usai pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh, Ezam terus ditugaskan untuk menyerang dan menghentam Anwar dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Tanpa banyak soal, dengan gaya ucapan yang menyamai Ketua Umum KeADILan, Ezam dari satu pentas ke satu pentas selama beberapa malam terus menyerang Anwar. Selain menyalahkan Anwar dalam pelbagai hal, Ezam juga mengelak dari dibebani dengan isu enam kotak yang pernah menjadi tema ceramahnya ketika bersama KeADILan suatu masa dahulu. Dan tentunya Anwar akan menjadi mangsanya. Tidak cukup dengan isu enam kotak rahsia yang diserahkan kepada Anwar, Ezam juga ketika itu mendedahkan Anwar pernah meminta beliau menyerahkan sepucuk surat kepada Dr Mahathir sebagai usaha untuk berdamai. Ezam dengan penuh bangga membaca isi kandungan surat tersebut dan juga mengakui tidak sempat menyerahkan surat tersebut kerana kelewatan beliau tiba ditempat yang sepatutnya.

Pendedahan yang dibuat oleh Ezam mengenai tugas menyerahkan surat untuk berdamai itu mengejutkan banyak pihak. Rata-rata rakyat bukan terkejut kerana Anwar mahu berdamai dengan Mahathir sebaliknya terperanjat kerana Ezam tidak mampu menyelesaikan tugas yang semudah itu. Kalau tugas semudah itu tidak mampu digalas, bagaimana kalau diamanahkan untuk memimpin rakyat? Begitu persoalan yang bermain di fikiran rakyat. Selain dari terkejut kerana Ezam tidak mampu menyelesaikan tugas semudah itu, bukan sedikit rakyat yang menyalahkan Ezam kerana menyebabkan krisis politik di negara ini terus berpanjangan. Kalangan ahli Umno juga ramai yang kecewa kerana Ezam gagal menyelesaikan tugas tersebut. Bagi mereka, jika Ezam dapat menyerahkan surat tersebut, Umno tidak akan dihimpit masalah seperti mana hari ini.

Namun segala cemuhan itu tidak dihiraukan Ezam, apa yang penting beliau perlu membuktikan kesetiaannya kepada Umno. Digelar 'balaci' atau 'kuda tunggangan' bukan satu masalah bagi Ezam, yang penting beliau dapat mana-mana pentas untuk menyerang bekas ketuanya dan membuktikan kehebatannya berceramah saling tak tumpah macam Anwar. Kerana itu, untuk pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Ezam meneruskan tugasnya sebagai 'kuda tunggangan' Umno dibawah ketua baru, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk terus menyerang dan menghentam Anwar.

Itulah Ezam selepas kembali menyertai Umno, sebagai 'balaci' atau 'kuda tunggangan' yang setia kepada ketua, Ezam sanggup kemana sahaja untuk menghentam dan menyerang Anwar. Demi Umno dan presidennya tidak kira Abdullah atau Najib, Ezam sanggup terus menerus menyerang Anwar biarpun ramai yang kini melihat Ezam tidak lebih seperti badut sarkas atau anak yang tidak cukup kasih sayang.

Itu kisah Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) yang mampu berceramah saling tak tumpah seperti Anwar. Kini sebaik saja Najib rasmi menjadi Perdana Menteri, seorang lagi mengalas tugas yang sama seperti Ezam. 'Balaci' atau 'kuda tunggangan' terbaru Umno kini merupakan bekas presiden parti itu sendiri. Malah lebih hebat, badut sarkas Umno kali ini juga merupakan mantan Perdana Menteri yang keluar dari Umno kerana kecewa dengan Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir pada 4 April lalu dengan rasminya kembali menyertai Umno apabila menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke enam yang juga Presiden Umno yang baru. Cara penyertaan Mahathir sama seperti Ezam, menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri. Dan sebagai tanda kesetiaan kepada Umno, Mahathir juga diarahkan oleh Presiden Umno, Najib Tun Razak agar turun membantu jentera kempen BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Akur dengan arahan ketuanya itu, maka pada 6 April lalu, Mahathir turun ke Bukit Gantang bagi menyelesaikan misi beliau sebagai 'balaci' Umno. Sama seperti Ezam, Mahathir juga menyerang dan menghentam Anwar. Mahathir sepertimana ketika mengkritik Abdullah yang menghentam apa yang pernah dibuatnya semasa menjadi Presiden dan Perdana Menteri.

Di Bukit Gantang, Mahathir mengkriktik Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan menganggap Nizar sebagai penderhaka biarpun ketika krisis politik di Perak tercetus, beliau dalam blognya mempertahankan apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Mahathir juga di Bukit Gantang membuktikan bahawa bukan Melayu yang mudah lupa sebaliknya beliau seorang pelupa kerana menganggap Nizar derhaka sedangkan beliaulah 'Bapa Penderhaka' kepada raja-raja dan sultan Melayu ketika krisis perlembagaan tahun 1993.

Begitulah nasib dua bekas ahli Umno yang kembali ke pangkuan parti tersebut. Dan bila keduanya ghairah menyerang Anwar petandanya ahli parlimen Permatang Pauh itu masih besar pengaruhnya dalam landskap politik negara serta amat digeruni oleh Umno.

Sunday, April 12, 2009

Kisah Benar Tragedi Memali ( Ustaz Ibrahim Libya )


Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur." Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.
Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, "abang ditembak."

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada'. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati". Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua'lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada' Memali

Friday, April 10, 2009

Nota Tuan Guru Nik Abdul Aziz b Nik Mat


"SEPATUTNYA sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina". (Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam).

Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Kor Ming.

Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini. Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam.

Ia bersifat "rahmatal lil ‘alamiin". Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum, suku bangsa, warna kulit dan bahasa.

Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunannya tanpa mengira sesiapa. Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan.

Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.

Bacaannya masih OK. cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjang pendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan "ehsan" sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut "Li iilaafi-quraisy" seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai "menjinak atau menjinakkan". Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam?

Di sini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah (katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan laporan polis oleh sesiapapun.

Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam Surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam di dalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah?

Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab. Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.

Satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca? Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan. Kita kena faham.

Hatta, Saidina Umar sendiri di waktu belum Islam (kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas.

Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari "dasar anti-jawi" mereka yang amat dungu?

Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran?Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat membuktikan, ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman teknologi maklumat (IT). Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya.

Di sana ada kamera digital, adanya "youtube", ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika ditakdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang "belum Islam" ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam?

Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas "mesra al-Quran" seperti yang ada dalam rancangan "learn a word a day" atau belajarlah satu perkataan satu hari.

Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam di sekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60-an.

Atau, kita ada IKIM, JAKIM, YADIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu; mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian.

Sikit-sikit menuntut maaf. Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit laporan polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah.

Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitiflah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang.

Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya di kalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, "saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang".

Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah?

Sejak kalah di dua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.

Wednesday, March 4, 2009

Konsert Alam Muzik M. Nasir

Tiga malam berturut-turut, Istana Budaya (IB) yang berdiri megah di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur telah 'dikerdilkan' oleh aura seniman M. Nasir.

IB pada tiga hari berkenaan telah menyaksikan satu transformasi yang sangat besar.

Alam muzik M. Nasir yang kental jiwa dan keasliannya telah mengubah senario iklim pementasan muzik di dewan berprestij itu.

Di bawah sepohon Pokok Sena

Semalam, sepohon Pokok Sena telah memayungi demokrasi. Di bawah sepohon Pokok Sena, kerajaan yang dipilih rakyat bersidang tanpa kerusi dan meja tetapi paling ramai pemerhati. Sidang di bawah sepohon Pokok Sena itu dirakamkan sejarah. Dan sidang di bawah sepohon Pokok Sena itu dilihat di seantero dunia betapa di Malaysia, suara rakyat tidak dipedulikan oleh segelintir pihak yang tamak kuasa.

Tuesday, February 10, 2009

Politik

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

Sejarah politik

Genesis Biologi PolitikPolitik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.

Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" (dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.

Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.

Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.

Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

Revolusi bandarV.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar.

Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah:

Penstrataan Institusi Sosial ( institutional social stratification(dominance hierarchy)) Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyers) ) Percukaian Penulisan Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat - bandar.

Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani Polis yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans ( dominance hierarchies ).

Penulisan Politik

Strategi dan FalsafahPenulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik".

Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.

"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).

Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.

Selain kerajaan, [kewartawanan wartawan], kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini.

Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.

Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist Manifesto" pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.

Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.

Selain dipengaruhi oleh masaalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada angin fashion sebagaimana yang lain.

Sains Politik

Ahli sains politik ialah ahli akademik yang mengadakan kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Mereka mengkaji pilihan raya, pendapat awam, kegiatan institusi (contohnya bagaimana badan perundangan berfungsi, dll), ideologi ahli atau persatuan politik, pengaruh ahli-ahli politik, dan sebagainya.

Di universiti-universiti Amerika Syarikat, Sains Politik dibahagikan kepada beberapa jurusan contohnya Politik Amerika (American Politics), Politik Perbandingan (Comparitive Politics), Hubungan Antarabangsa (International Relation), Undang Undang Awam (Public Law) dan Teori Politik (Political Theory). Sesetengah jurusan ini kadangkala bertindih dengan disiplin akademik yang lain seperti falsafah, undang-undang, sosiologi, antropologi, dan sejarah.

Sistem politik dan ideologi-ideologi

Anarkisme - Anarko-kapitalisme - Anarko-komunisme - Aristokrasi - Anti-komunisme - Autoritarianisme - Centrisme Radikal - Definasi Klasik republik - Demokrasi - Fasisme - Federalisme - Hijau - Kapitalisme - Komunisme - Konservatisme - Korporatokrasi - Leftisme - Liberalisme - Liberalisme Klasik - Libertarianisme - Libertarian sosialisme - Marxisme - Meritokrasi - Minarchisme - Monarki - Nasionalisme - Nasional Sosialisme - Oligarki - Post komunisme - Rasisme -Republikanisme - Sekularisme - Sosialisme - Sosialisme Demokratik -Stalinisme - Totalitarianisme - Teokrasi

Entiti politik

Bandar -- City-state -- Konfederasi -- Negara -- Empayar -- Persekutuan -- Kerajaan -- Nation state -- negara polis -- Prefecture -- Principality -- Provinsi -- Republik -- Negeri -- World Government

Falsafah politik

The justification of the state -- Social contract theories -- Raw is moral philosophy -- Consequentialist justifications of the state -- The purpose of government -- Political virtues -- Non-violent_resistance--The Kyklos

Ahli teori politik awal

Plato -- Aristotle -- Thucydides -- Cicero -- Saint Augustine -- Thomas Aquinas

Ahli teori politik moden

Nicolo Machiavelli -- John Calvin -- Martin Luther -- Baruch Spinoza -- Jean Bodin -- Thomas Hobbes -- John Locke -- David Hume -- Adam Smith -- Jeremy Bentham -- the Federalist Papers -- Jean-Jacques Rousseau -- Immanuel Kant -- G.W.F. Hegel -- Johann Gottfried von Herder -- Alexis deTocqueville -- John Stuart Mill -- Karl Marx -- Friedrich Engels -- Max Weber -- Lenin

Ahli teori politik kini

David Friedman -- Noam Chomsky -- John Rawls -- Jan Narveson -- David Gauthier -- Amartya Sen -- Jürgen Habermas -- James M. Buchanan -- Bernard Crick -- Michel Foucault -- Jane Jacobs -- Carol Moore -- Antonio Negri -- Robert Nozick -- Hannah Arendt -- Mohandas Gandhi

Saturday, February 7, 2009

Mungkinkah?

Apakah kerana ini maka Dewan Undangan Negeri Perak enggan diperkenankan untuk dibubarkan?

Projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar yang bernilai RM12.485 bilion telah diberikan kepada MMC- Gamuda JV melalui cara rundingan terus dan bukan menerusi tender terbuka.

”Projek ini adalah secara rundingan terus dan telah mengambil kira aspek kepakaran yang ada pada syarikat-syarikat yang telah menawarkan untuk melaksanakan projek-projek ini,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin.

PAS mahu SPRM terus siasat Adun Bota yang melompat-lompat parti

Rabu 5 Februari yang lalu, saya sempat menghubungi Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaaffar , bertanya beberapa soalan untuk disiarkan dalam Harakah edisi Isnin nanti. Dato' KJ ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Ipoh.

Beliau harus segera pulang ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab tertentu dan tidak dapat bersama dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain pada malamnya berkumpul di kediaman rasmi MB, Dato' Seri Ir Mohd NIzar Jamaluddin.

Dato' KJ mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.

SPRM kata beliau sebelum ini membuat kenyataan akan membuat siasatan ke atas Nasarudin ketika Adun Bota itu mengisytihar menyertai KeADILan.

"Jika ketika Nasarudin menyertai KeADILan, SPRM ingin siasat sekarang bila beliau kembali sertai Umno, siasatan yang sama perlu dilakukan," tegas Kamaruddin.

Mengulas mengenai penyertaan kembali Adun Bota tersebut ke dalam Umno, Kamaruddin menegaskan PAS kesal dengan tindakan wakil rakyat tersebut yang tidak tetap pendirian.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin Hashim mengumumkan keluar dari Umno untuk menyertai KeADILan. Nasaruddin membuat pengumuman menyertai Parti KeADILan Rakyat dalam sidang media di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya.

Wednesday, February 4, 2009

Kesan boikot

Semalam McDonald's Malaysia lancar kempen sepanjang tahun 'McValue Lunch'. McValue Lunch menawarkan hidangan jualan terbaiknya iaitu McChicken, Filet-O-Fish, Chicken McNuggets dan Double Cheese Burger pada RM5.95 setiap hidangan, kira-kira 30 peratus pengurangan daripada harga asal.

Inilah kesannya bila ramai warga Malaysia yang prihatin memboikot McDonald's sejak rejim Zionis melancarkan serangan ke atas penduduk Gaza pada 27 Disember 2008.

Jika kita semua terus memboikot, tidak mustahil Mc Donald's akan menurunkan lagi harga hidangannya.

Tok Sago kembali menyanggah

Jika ingin baca laporan terkini situasi getir politik di Perak baca di sini. Apa nasib Pakatan Rakyat di Perak? Jika ingin mendapatkan analisa terkini boleh baca di blog milik pengarang berita Harakah.

Friday, January 16, 2009

LCCT Labu Labi






Tak dapat IJN, try LCCT Labu pulak.
Haih... tak habis-habis nak merompak

Wednesday, January 14, 2009

Segala transaksi yang untungkan Israel adalah haram


Rahbar atau Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran Ayatullah al-Udzma Sayyid Ali Khamenei dalam jawaban beliau atas permintaan fatwa (istifta) soal import produk-produk Rezim Zionis Israel dan pengiklanannya menjawab, "Wajib meninggalkan segala bentuk transaksi yang menguntungkan rezim penjajah Israel". Beliau menjelaskan, "import dan iklan produk-produk Rezim Zionis Israel tidak diperbolehkan kepada setiap muslim karena bahayanya kepada Islam dan umat Islam".


Sayyid Ali Khamenei juga menegaskan agar umat Islam tidak mengimpor produk-produk yang produksi dan penjualannya menguntungkan Zionis Israel dan menambahkan, "Setiap muslim wajib tidak membeli dan memanfaatkan produk-produk yang manfaatnya kembali pada Zionis Israel".


Begitu juga mengenai travel-travel di negara-negara Islam yang punya program pelancongan ke Rezim Zionis Israel, Rahbar mengharamkannya karena bahayanya terhadap Islam dan umat Islam. Sayyid Ali Khamenei mengharamkan setiap muslim yang melakukan perbuatan melanggar boikot umat Islam terhadap Zionis Israel.


Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran mengharamkan pembelian produk-produk dari perusahaan-perusahaan Yahudi, Amerika atau Kanada bila itu menyebabkan semakin kuatnya Zionis Israel atau akan dimanfaatkan untuk memusuhi Islam dan umat Islam.


Sekaitan dengan jual beli produk-produk Amerika dan seluruh negara-negara Barat Ayatullah Sayyid Ali Khamenei menjelaskan, "Bila pembelian produk-produk impor dari negara-negara bukan Islam dan memanfaatkannya berakibat pada semakin kuatnya negara-negara kolonialisme, para musuh Islam dan atau memperkuat kekuatan finansial mereka untuk menyerang daerah-daerah Islam atau muslimin di seluruh dunia, wajib hukumnya bagi umat Islam untuk tidak membeli dan memanfaatkannya. Hukum ini tidak khusus bagi rakyat Iran yang muslim".
(Sumber: IRIB dan Bakar Haq a.k.a Penarik Beca)

Thursday, January 8, 2009

Free Palestine


Maafkan kami Gaza

Hanya lihat
dan pasang mata

Hanya marah
dan merah mata

Hanya sedih
dan air mata

Hanya doa
dan merah mata

Hanya pekik
dan sorot mata

Hanya malu
dan tutup mata

Hanya suara
dan kata

Hanya simpati
dan cinta

Maafkan kami, Gaza

Bocah-bocah Gaza!
jangan adukan Kami kepada Muhammad

Kami di Indonesia,
jauh dari Gaza


Muhsin Labib
Indonesia

aku tambah sikit...

Bocah-bocah Gaza!
Jangan adukan Kami kepada Muhammad

Kami di Malaysia,
jauh dari Gaza

Saturday, January 3, 2009

Demo anti Israel di Jakarta 2 Januari 2009

Jumpa gambar ini dalam internet. Jumaat lepas (2 Januari 2009), di Jakarta ada demo anti Israel. Jalanraya sesak dengan jutaan manusia. Aduh di KL tak seramai ini.

Bolehkah cakap Anwar dipegang?


Oleh: Ahmad Lutfi Othman


Agak ramai juga yang berkata, Anwar tidak boleh dipegang dengan kata-katanya. Anwar pandai berbelit dan bermain dengan kata-kata. Bagi pihak penyokong Abdullah Badawi pula merasakan selemah-lemah Pak Lah, beliau tidak begitu suka memberi janji-janji kosong dan jaminan tidak berasas, hanya untuk mendapat publisiti. Tuduhan terhadap Anwar ini tentulah tidak patut. Tidak boleh dipegang dengan kata-kata seolah-olah bermaksud menuduh Anwar selalu berbohong.


Kalau seseorang itu tidak boleh dipegang dengan kata-katanya, apa lagi yang boleh mengikatnya. Manusia bukannya ada ekor yang boleh ditarik ekornya. Lainlah dengan kuda, itu pun tidak boleh ditarik ekornya sesuka hati, nanti ditendang buruk padahnya.


Bagaimanapun agak menarik kalau kita perhatikan terjemahan bebas wawancara khas Malaysian Business bersama Anwar Ibrahim selepas beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan :


Apa perasaan saudara mengenai perlantikan baru yang boleh dikatakan sebagai satu bayangan konotasi politik dalam jawatan Menteri Pendidikan ini ?


Ia hanya pertukaran tugas. Mengenai konotasi politik, sebenarnya saya tidak tahu-menahu mengenai hal itu. Terdapat orang yang berjaya dari pendidikan tetapi terdapat juga orang yang gagal. Tapi ia satu pertukaran yang menyenangkan. Saya sedang belajar dengan cepat dan saya ingin membuat beberapa perubahan terutamanya dengan mendengar dan bercakap. Saya tidak fikir perancangan dan polisi pendidikan semestinya diputuskan bulat-bulat oleh Kementerian Pendidikan. Ia sepatutnya disepakati oleh para pendidik, ahli akademik dan profesional serta disokong oleh kementerian.


Jadi, saya banyak menghabiskan masa untuk mendengar... dan terdapat banyak isu. Mereka bercakap mengenai kemerosotan mutu akademik, kemerosotan disiplin di sekolah, polisi sistem pendidikan yang lebih liberal, dan ada juga yang bercakap mengenai pendemokrasian di institusi-institusi pengajian tinggi.... la memberi lebih faedah kepada saya secara peribadi.


Seorang tokoh akademik berkata bahawa "sebab utama Akta Universiti (AUKU)diwujudkan ialah kerana adanya orang seperti Anwar Ibrahim". Apa komen saudara ?


Saya tidak fikir itu benar kerana Akta itu diperkenalkan pada tahun 1971 dan dipinda pada 1975. Pada 1971, saya menjadi pemimpin pelajar, 1975 saya dalam tahanan.


Malahan sebelum itu, terdapat beberapa peruntukan ... saya masih ingat lagi dengan jelas...perkara-perkara seperti kelulusan yang bersesuaian, yang mengawal kebebasan akademik : bagaimanapun itu semua tidaklah begitu muktamad seperti perubahan pada tahun 1975. Sekarang ada beberapa hal yang saya tidak setuju.


Terdapat ahli akademik dan pelajar yang menggunakan akta itu untuk menutup kegagalan mereka sendiri. Orang ramai bercakap mengenai kemerosotan mutu akademik, kekurangan penyelidikan, kemerosotan pencapaian pelajar... saya tidak fikir akta itu boleh digunakan untuk mengukur perkara-perkara ini.


Tetapi saya boleh katakan akta itu perlu disemak semula, ia sepatutnya lebih liberal, ahli akademik perlu dibiarkan sendiri untuk menumpukan terhadap penyelidikan dan membuat kenyataan mereka sendiri agar mereka berasa lebih rileks untuk mengeluarkan pandangan mereka dalam isu-isu akademik dan kebangsaan. Begitu juga pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar memang secara semulajadi begitu kritikal terhadap pembangunan.


Kita sepatutnya bersikap liberal untuk bertoleransi dan saya tidak fikir kita perlukan peraturan-peraturan yang ketat seperti pindaan 1975. Malahan sekarang pun, saya telah mengarahkan semua Naib Canselor supaya bersikap lebih liberal dalam tafsiran mereka terhadap akta itu sementara satu kajian yang menyeluruh mengenai implikasi semakan itu... peruntukan apa yang perlu dipinda. Saya fikir itu adil.


Orang ramai cenderung untuk melabel saudara sebagai antipembangunan sebelum ini. Bagaimana sekarang?


Lebih baik saya katakan saya seorang yang kritikal terhadap isu-isu kemiskinan, pentadbiran yang lemah dan pecah amanah. Saya tetap seperti dahulu.


Dahulu saudara seorang pengkiritik. Sekarang saudara di pihak kerajaan. Bolehkan saudara menerima dengan lebih baik kedudukan pengkritik dalam masyarakat?


Ya, perlu saling menerima. Pengkritik patut menerima halangan-halangan dan masalah-masalah praktikal, realiti dan tanggungjawab mereka yang berada dalam kerajaan.


Adalah perlu wujud perasaan saling menghormati antara mereka di dalam masyarakat. Bagi diri saya, saya yakin perlu diadakan dialog antara kedua-dua pihak dan saya pernah melakukannya. Contohnya, dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Mereka membuat persediaan rapi dan kami berbincang sepanjang hari mengenai beberapa isu berkaitan. Atau ABIM dan ramai ahli akademik dari universiti. Atau isu-isu seperti kemiskinan dan pemulihan tanah.


Saya telah berbincang dengan ramai orang antaranya... Husin Ali, Jomo, Tengku Shamsul, David Gibons dan dua minggu lepas (sehingga waktu wawancara diadakan) saya telah berbincang dengan ramai profesor..... termasuk yang mengkritik kerajaan. Bagaimanapun sesetengah orang lebih kritikal. Apa yang anda harapkan? Apakah mereka fikir saya mengubah semuanya yang mereka rasa menekan di dalam akta itu?


la adalah kerana saudara begitu kritikal terhadapnya sebelum ini... Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), contohnya?


Saya tidak fikir begitu. Saya memang menentang perbuatan itu, saya begitu prihatin terhadap cara perlaksanaannya. Saya rasa terdapat penganiayaan ... pemimpin pelajar ... orang ditangkap kerana perbezaan politik. Tetapi, anda tahu, terdapat beberapa masalah yang kami hadapi. Pertamanya, militan komunis yang kita hadapi.


Kemudian mungkin kamu ingin tahu mengapa kami menangkap pemimpin tertentu PAS di bawah ISA?


Ini kerana mereka secara terbuka menggalakkan rusuhan, mereka memanggil kami kafir.


Kritik dari para elit yang liberal menyebut, "bawa mereka ke mahkamah terbuka supaya pengadilan dapat dilakukan". Tetapi bagaimana boleh membawa mereka dibicarakan di mahkamah terbuka dengan beribu-ribu orang berteriak "Allahu Akbar" di luarnya?


Mungkin saudara ingin menerangkan dengan lebih lanjut hubungan antara PAS dan UMNO.


Saya telah bercakap dengan mereka. Mereka takut untuk berbincang dengan kami kerana takut penyokong-penyokong mereka tidak akan menerimanya. Itulah yang terjadi dalam dialog atau muzakarah antara Mahathir dan Yusof Rawa. Mereka tidak boleh menerangkan kepada penyokong-penyokong mereka.


Saya ke Pulau Pinang untuk mengatur perjumpaan terakhir, kesemuanya mesti secara diam-diam, secara rahsia. Kenapa? Kerana mereka tidak boleh menerangkan perkara ini kepada penyokong-penyokong mereka.


Kenapa mereka perlu begitu takut untuk berjumpa kami? Kit Siang boleh datang dan berjumpa kami bila-bila masa ... walaupun hakikatnya beliau memang penentang kuat kerajaan. Tetapi mereka tidak boleh, kerana mereka telah memberitahu penyokong-penyokong mereka bahawa kami kafir, kami membelakangkan Islam. Mereka seolah-olah akan bergaduh.


Adakah saudara dianggap boleh diterima oleh PAS?


(Terhenti sebentar) ... Saya tidak fikir begitu. Saya bertolak ansur dengan mereka. Saya kata... anda boleh berbincang dengan saya, anda boleh tidak bersetuju dengan saya... tidak mengapa ... cuma jangan berbunuh sesama sendiri. Itulah keseluruhan idea, intipati utama dialog itu.


Bagaimana dengan status UMNO sekarang, perpecahan antara Dr Mahathir dan Datuk Musa?


Iya, ini memang amat malang, ia sesuatu yang tragis. Saya tidak mahu membuat sebarang andaian mengenainya ... tetapi saya mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya.


Bagaimana dengan krisis Sabah dan PBS?


Ia suatu situasi yang sukar. Dalam pilihan raya yang baru berlangsung, masyarakat bukan Melayu secara umumnya menyokong PBS tetapi orang Melayu berasa tidak patut menyokong PBS pada saat Islam sedang berkembang di Sabah ... kerana tiada wakil Islam yang mencukupi dalam PBS ketika itu. Bagaimanapun, kita terperangkap. Jadi, adalah bagus ... biarkan rakyat membuat keputusan ... dengan meyakinkan mereka mendapat dua pertiga majoriti bersama wakil Islam.


Jadi, pada senario sekarang ini, tiada siapa boleh berkata, dengan membenarkan PBS memasuki Barisan, kita telah mengabaikan orang Islam di Sabah. Itulah dilema kita. Apabila anda berada di dalam kerajaan, anda kena mengambil berat kedua-duanya.


Terdapat persepsi meluas mungkin oleh akhbar luar, bahawa pentadbiran kerajaan ini telah mendapat kritikan dalam pelbagai isu seperti rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran, perkara yang sama pernah saudara kritik sebelum ini. Apa komen saudara?


Anda perlu lebih khusus. Saya tidak nafikan terdapat rasuah. Tetapi terdapat banyak tuduhan yang tidak tepat. Ahli perniagaan yang gagal mendapat tender atau kontrak biasanya akan menuduh mereka yang mendapatnya melakukan rasuah. Dalam keadaan ini, adalah sukar untuk mengira bagaimana rasuah itu berlaku.


Bagaimanapun, saya percaya kempen-kempen menentang rasuah perlu dipertingkatkan. Saya percaya Badan Pencegah Rasuah perlu diperkuatkan. Ini tidak bermaksud kami begitu bertolak ansur atau rileks terhadap perbuatan rasuah. Apa yang pihak media luar negara cuba ambil tahu, situasinya agak kompleks.


Memang Dr Mahathir seorang yang kritikal, beliau telah menunjukkan sikap tidak setuju terhadap banyak polisi Barat.


Apabila mereka mengkritik penerapan nilai-nilai Islam, beliau mengingatkan mereka tentang Spanish Inquisition .... Apabila tiba hal perdagangan, beliau meminta mereka untuk bertanggungjawab terhadap perlindungan kepada perusahaan dalam negeri.


Terdapat banyak kritikan, yang kebanyakannya telah membangkitkan perasaan bermusuhan dengan media luar negara yang kemudian mereka menjadi begitu mahir terhadap apa yang berlaku di Malaysia. Tetapi saya rasa media perlu bersikap lebih liberal. Kerajaan perlu bersikap lebih bertolak ansur.


Encik Anwar, secara jujur, adakah saudara percaya bahawa sesetengah rencana oleh Asia Wall Street Journal baru-baru ini adalah sebahagian daripada kempen yang dibuat untuk menjatuhkan kerajaan?


Sengaja dibuat, saya tidak pasti tetapi perasaan untuk menentang kerajaan sudah tentu ada ... terhadap beberapa rancangan. Pertama, kita adalah kerajaan yang kuat di antara negara-negara Dunia Ketiga dengan satu reputasi pencapaian kemajuan.


Pada masa yang sama kita mengambil pendirian untuk berdikari dari Barat. Dan kita telah mengambil beberapa rancangan yang tidak menyerupai ciri-ciri Barat.


Salah satu daripadanya ialah Rancangan Penerapan Nilai-nilai Islam. Oleh itu, pada pendapat mereka rancangan itu mestilah kasar dan menekan ... kerana mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka melabelkan kesemuanya Islamik .... Saya telah membaca banyak majalah dan surat khabar - dari Amerika Syarikat hingga ke Australia -dan akan dapat dilihat kebencian mereka ... bagaimana mereka telah menerima maklumat yang salah.


la sama ada kita tidak bertolak ansur atau fanatik atau membuat perkara-perkara ini untuk meredakan kebangkitan Islam di negara ini. Mereka tidak boleh memahami kedudukan sebenar apa yang kita buat di sini... yang sebenarnya tidak langsung menafikan kedudukan bukan Islam di negara ini.


Ambil kes BMF sebagai contoh. Saya menyifatkannya sebagai satu peristiwa yang tragik ... satu daripada skandal membabitkan wang dalam jumlah terbesar pernah berlaku dalam abad ini di negara ini. Tetapi kami tidak duduk diam. Satu siasatan menyeluruh dijalankan dan laporannya diumumkan kepada masyarakat.


Boleh anda namakan negara-negara Dunia Ketiga yang lain yang bersedia untuk melakukannya? Sudah tentu ada sebilangan yang tidak berpuas hati. Mengapa? Kerana mereka ingin melihat Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang lain untuk terlibat sama ... kerana mereka telah mempunyai kedudukan politik dan itulah yang berlaku ... beberapa pemimpin terlibat dalam rasuah dan mereka perlu dilibatkan sama walaupun mereka tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong pendirian atau tuduhan mereka itu.


Saya tidak berminat dengan kedudukan politik. Saya lebih berminat dengan kebenaran dan mereka yang bertanggungjawab dihukum. Saya tidak peduli jika beberapa individu atau golongan tertentu pergi sama ada secara berpuas hati atau tidak.


Tetapi bagaimana pula layanan terhadap Tan Sri Ahmad Noordin? Ramai orang rasa beliau telah difitnah.


Kita memang berterima kasih kepadanya. Saya secara personal berterima kasih kepada Tan Sri Ahmad Noordin ... beliau telah melakukan kerja yang cemerlang. Tetapi terdapat juga masalah ... orang ramai menjadi begitu emosional dengan isu itu. Dokumen itu bukan satu hukuman, ia hanya satu laporan. Mengapa orang ramai tidak boleh menerima keadaan itu?


Sama ada Ahmad Noordin atau penyokong-penyokongnya atau para pengkritik tidak patut memikirkan laporan itu sebagai begitu sempurna. Ini tidak bermakna semua tuduhan itu benar. Ia hanya laporan akauntan. Terdapat beberapa kenyataan tidak tepat dari beberapa menteri. Tetapi adakah ini bermakna kerajaan secara moralnya telah merosot atau bercakap tanpa prinsip?


Anda perlu memberi penghargaan pada tempatnya... kami menunaikan janji kami... kami menerbitkan laporan itu. Tetapi kami mengambil masa, kami perlu pastikan bahawa ia adalah sahih dan betul terhadap semua tuduhan yang dilemparkan. Dan tiada siapa dapat menafikan bahawa ... ramai orang yang tidak bersalah tetapi menerima akibat yang tidak baik.


Sama juga keadaannya kerajaan yang ingin menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melindungi mereka yang tidak bersalah. Ia dilakukan bukanlah sekadar atas desakan ramai atau tekanan dari pihak tertentu.


Encik Anwar, soalan yang terakhir. Sekarang ini, seolah-olah wujud perasaan meragui kerajaan secara umum. Mengapa?


Mungkin ahli-ahli perniagaan. Mereka seolah-olah meragui kerajaan sekarang, tetapi tiga tahun lalu, mereka adalah orang suruhan kepada kebanyakan ahli politik. Mereka tidak bercakap mengenai prinsip-prinsip, tiada soal moral terbabit. Apa yang penting ialah apa yang mereka dapat, bila tidak dapat, mereka mengutuk.


Saya bukannya ingin membela mana-mana individu atau sikap melampau yang mereka lakukan, tetapi saya rasa seseorang perlu diberi peluang yang adil untuk menerangkan kedudukan sebenar. la bukan sekadar apa yang masyarakat rasakan secara umum, tetapi satu kebenaran. Siapa mereka ini dan apakah yang mereka perkatakan?


Apa yang mereka perkatakan adalah mengenai tender atau mutu kontrak, kalau mereka mendapat tanah atau sesuatu yang mereka perolehi dari seseorang, lalu mereka menyokong orang itu.


Perkara-perkara seperti itu adalah dahsyat. Saya sendiri susah hati. Anda tahu apa sebabnya? Saya tiada kaitan langsung dengan kontrak atau tender. Saya menolak untuk dikaitkan dengan itu semua, dalam Kementerian Pertanian dan sekarang. Orang datang berjumpa saya untuk mendapat kontrak .... Saya kata, pergi jumpa pegawai yang berkaitan.


Kalau mereka merayu, saya akan beri perhatian dengan bertanya jawatankuasa yang berkaitan, lembaga berkaitan tender. Jika mereka tuduh terdapat rasuah, saya kaji dan jika benar berlaku, saya serahkan kepada pihak BPR untuk membuat keputusan. Sekarang tersebar luas soal meragui kerajaan datang dari siapa?


Saya pergi banyak tempat dan saya tidak fikir ia datang dari kampung-kampung. Sudah tentu terdapat pengaruh PAS, tetapi kebanyakan pembangkang di bandar. Kemudian, mungkin golongan elit yang liberal. Mereka memang sentiasa mengkritik: Ketika saya di kampus, saya pernah bersama mereka dalam keadaan tertentu. Beritahu saya, akta mana yang mereka pernah setujui, beritahu kami rancangan mana yang popular, beritahu kami Perdana Menteri mana yang mereka sukai atau sokong? Tetapi mereka lebih lantang sekarang. Kerana Dr. Mahathir bersikap liberal. Jadi, orang berasa lebih bebas untuk mengeluarkan pendapat mereka.


Sekarang, golongan yang lebih kritikal selain dari golongan ini ialah ahli-ahli perniagaan, ataupun mereka yang bermasalah dan kebanyakannya dibuat sendiri. Lihat senarai pinjaman mereka dengan beberapa bank. Mereka menyusahkan diri mereka sendiri dan meminta kerajaan untuk menjamin mereka. Saya tidak berkata semua tuduhan itu tidak adil. Terdapat sungutan yang berasas, tetapi secara keseluruhan, ini adalah kerana mereka tidak mendapat kontrak. Apa yang kami lakukan? Kami tidak mempunyai banyak kontrak lagi sekarang.


Nota : Rencana ini ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman dalam buku "Anwar lawan Ghafar ?", Penerbitan Pemuda, 1993. Sekarang beliau merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah.