Wednesday, March 4, 2009

Di bawah sepohon Pokok Sena

Semalam, sepohon Pokok Sena telah memayungi demokrasi. Di bawah sepohon Pokok Sena, kerajaan yang dipilih rakyat bersidang tanpa kerusi dan meja tetapi paling ramai pemerhati. Sidang di bawah sepohon Pokok Sena itu dirakamkan sejarah. Dan sidang di bawah sepohon Pokok Sena itu dilihat di seantero dunia betapa di Malaysia, suara rakyat tidak dipedulikan oleh segelintir pihak yang tamak kuasa.

1 comment:

randytepen said...

Apabila takdir menentukan keadilan tertegak di bumi malaysia tercinta ini pokok sena itu akan di kenang bergenerasi kerana di bawah naungnya tercetus satu revolusi....