Friday, December 7, 2007

Cuti

Mula esok, untuk tempoh 16 hari, aku tinggalkan sementara ofis di Jalan Padang Belia, Brickfield kerana urusan peribadi. 14 Disember nanti aku akan menikah dengan wanita pujaan aku Munirah.

Masuk hari ini sudah seminggu aku tidak jumpa Munirah. Rindunya hanya Tuhan yang tahu.

Dan untuk tempoh 16 hari aku tak perlu melayan karenah boss aku. Leganya rasa kerana aku dapat siapkan semua kerja yang diberi sebelum pukul lima petang tadi. Aku tak tahu kenapa dia macam sengaja bagi aku kerja yang banyak biarpun dia tahu aku akan cuti untuk menikah. Aku bukan cuti untuk pergi rehat-rehat tapi aku cuti kerana mahu menunaikan syariat Allah.

Tapi tak mengapa, 16 hari aku boleh lupakan ofis. hehe...

2 comments:

eharris said...

ahahah supaya nanti kau akan sentiasa trauma terkenang kat opis walaupun kau sedang berbulan madu ke ehhmm..gagaga

Roti Kacang Merah said...
This comment has been removed by a blog administrator.