Sunday, November 18, 2007

Munirah Hayati

Munirah Hayati

Satu nama satu wajah yang bertkahta dihati aku. Kalau Umno guna slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya' maka aku pun dengan bangganya curi slogan tu tapi buang 'Dulu' cuma tinggal 'Kini dan Selamanya'.

Maka jadilah Munirah- Kini dan Selamanya.

Hah... empunya nama Munirah itu mungkin tak suka aku curi slogan Umno, parti perompak yang diterajui oleh Dollah Badawi dan menantunya Beruk Hitam lulusan Oxford. Tapi buat masa ini, ketika aku tulis posting ini, hanya slogan itu yang aku mampu fikir.

Aku buat blog ini kerana aku tension dengan deadline aku yang last minute ada aje yang nak diubah. Tapi takde lah aku nak komplen banyak. Kalau tak kerana kerja di sini, mungkin aku tak jumpa Munirah. Semuanya adalah takdir.

Ok... Munirah Hayati... anak kepada dua pupu aku. Kiranya aku dan dia bersaudara tetapi kini dia adalah wanita yang paling aku cintai (jangan kira ma dan kakak aku).

Insya-Allah kalau tiada apa halangan, tanggal 15 Disember nanti, Munirah akan menjadi suri dihati aku (isteri lah tu hehe...).

Gembira hati aku bukan kepalang bila Munirah menyatakan kesudian dia untuk menerima aku sebagai bakal suami. Status aku sekarang cuma bakal suami sehinggalah 15 Disember nanti.

Aku sayang... ulang Aku sayang pada Munirah. Dia adalah wanita terbaik yang peranh aku jumpa. Namun sebagai manusia biasa aku sering membuat silap maka keraplah juga aku menguris hatinya. Aduh... aku tak mahu ingat dan aku tak mahu ulangi lagi. Aku tak mahu lukakan hati dia.

Hmmmm... aku tak tau nak tulis apa kerana sebenarnya aku masih tension tapi bila mengenangkan gelagat lucu Munirah... tension aku hilang.

Terima Kasih Tuhan kerana temukan aku dengan Munirah.

1 comment:

Pyanhabib said...

huh! kalut nak bebini rupanya!