Monday, November 19, 2007

Rakyat Malaysia sopan?

Sering saja dikhabarkan bahawa rakyat Malaysia adalah orang yang mempunyai tahan kesopanan yang tinggi. Benarkah?

Semalam, ketika beratur untuk memasuki LRT, ada dua kejadian yang boleh aku katakan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya tidak bersopan dan tidak mempunyai displin.

Pertama ketika di stesen KL Sentral, ada dua orang gadis Melayu yang tidak tahu adab dan tidak tahu menghormati orang lain. Kenapa? Sebabnya, orang lain semua beratur menunggu ketibaan LRT termasuk seorang wanita Cina yang berusia lebih dari 50 tahun. Bila saja LRT tiba, dua orang gadis Melayu ini terus saja meluru untuk masuk ke dalam LRT tanpa mempedulikan orang lain yang telah lama beratur serta tidak menghiraukan penumpang yang mahu keluar dari LRT tersebut.

Gelagat dua orang gadis Melayu itu diperhatikan oleh semua orang termasuk oleh beberapa pelancong luar negara yang turut beratur untuk memasuki LRT. Apakah itu yang dinamakan sebagai bersopan dan berdisplin?

Kedua, ketika di stesen LRT Masjid Jamek. Ketika aku mahu mengambil LRT untuk pulang ke Ampang. Keadaannya hampir sama, semua orang sedang beratur tiba-tiba sahaja datang sepasang kekasih berketurunan India yang tidak tahu menghormati orang lain, terus sahaja merempuh masuk tanpa mempedulikan orang yang sedang beratur dan penumpang yang mahu keluar. Apakah ini tanda rakyat Malaysia bersopan?

Kalau ini tidak cukup, lihat saja betapa 'bersopan-santun' nya rakyat Malaysia ketika di jalanraya.

No comments: