Friday, November 30, 2007

GASAK

Sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Gerakan Anti-Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan pada 29 November lalu untuk memberi penerangan ke seluruh negara bagi menyedarkan masyarakat agar tidak terus dipermainkan oleh media yang dikuasai oleh parti politik yang berkuasa dan pemegang saham yang mempunyai kepentingan dalam kerajaan.

Jawatankuasa penaja GASAK menggariskan tiga tuntutan minima yang melibatkan badan media di negara ini, iaitu:

1. Hentikan salah lapor.

2. Laporan seimbang kepada semua pihak.

3. Kebebasan editorial.

GASAK merancang untuk mendapatkan sokongan yang lebih besar daripada parti-parti pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO), blogger, individu, wartawan serta penulis untuk bersama menjayakan matlamat tersebut.

Wednesday, November 28, 2007

Media bebas

Semalam, ada satu brader tanya aku, kalau boss aku (Penasihat parti suratkhabar yang aku kerja sekarang) jadi Perdana Menteri, apakah dia tidak akan mengawal kebebasan media.

Aku lantas terkenang sepanjang individu itu berada dalam kerajaan terutama ketika sudah menjadi orang nombor dua. Hmmm... tak bebas juga ketika itu. Apa saja berita yang boleh merosakan nama orang-orang dia atau dirinya sendiri akan ditutup atau kalau tersiar... nahas lah editor dan wartawan tersebut.

Jawapan aku kepada brader tersebut... "Mungkin keadaan tetap sama macam hari ini atau lebih teruk,"

Pening...

Masuk hari ni sudah empat hari kepala aku pening. Aku tak tau kenapa? Tiada kena mengena dengan sesiapa tetapi aku memang pening.

Kadang-kadang aku harus sentiasa tundukkan kepala semata-mata kerana nak elak dari terus pening. Bila saja aku dongak kepala, mesti pening.

Hmmm... tak tau apa nak jadi.

Tuesday, November 27, 2007

Macam-macam hal 1

Aku tak tau nak tulis apa sebabnya aku tension sikit fikir tentang nak tukar pintu toilet rumah yang bakal aku tinggal bersama Munirah.

Tension bukan sebab apa... sebab apek tua yang jual pintu tu cakap pintu yang aku beli tu tak perlu ukur, jadi kerana nak cepat, aku terus beli.

Tapi hari ni aku dapat tau, brader yang nak pasang pintu tu bagitau pintu tu tak leh pasang sebab terlalu panjang. Brader ni pun satu hal... aku suruh buat semalam, dia pergi buat hari ni... pastu kata start kerja pukul 11 pagi... pukul 4 petang baru bagitau aku.

Haiyaaa... macam-macam hal... nasib baik Munirah tenangkan aku. Untung aku ada dia. Alhamdulillah...

Monday, November 26, 2007

empat hari yang lalu

Khamis,
Demam. Pi klinik... doktor kata demam tapi batuk ada kahak. Bimbang kena jangkitan kuman pada paru-paru. Aduh... bahaya. Terpaksa aku makan ubat. Petang jumpa Munirah ku. Rasa sihat disamping dia. Alhamdulillah... Syukur pada Mu Allah kerana anugerahkan aku Munirah.

Jumaat,
Tak mahu ingat apa yang jadi. Menyesal betul. Aku manusia yang tak tahu berterima kasih. Maafkan aku. Ampunkan aku.

Sabtu,
Pagi-pagi lagi sudah cari Munirah. Dia sebahagian dari hidup aku. Cari penyelesaian untuk tempat tinggal selepas kawin. Capai kata sepakat. Alhamdulillah.

Ahad,
Beli barang untuk rumah di Taman Dagang. Dapat orang yang akan bereskan kerja-kerja tukar ganti. Petang, melilau sekitar LRT Cempaka, tengok-tengok apartment kalau ada yang masih kosong. Belum ada tapi harus cuba lagi, mungkin lain tempat Insya-Allah.

Monday, November 19, 2007

Rakyat Malaysia sopan?

Sering saja dikhabarkan bahawa rakyat Malaysia adalah orang yang mempunyai tahan kesopanan yang tinggi. Benarkah?

Semalam, ketika beratur untuk memasuki LRT, ada dua kejadian yang boleh aku katakan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya tidak bersopan dan tidak mempunyai displin.

Pertama ketika di stesen KL Sentral, ada dua orang gadis Melayu yang tidak tahu adab dan tidak tahu menghormati orang lain. Kenapa? Sebabnya, orang lain semua beratur menunggu ketibaan LRT termasuk seorang wanita Cina yang berusia lebih dari 50 tahun. Bila saja LRT tiba, dua orang gadis Melayu ini terus saja meluru untuk masuk ke dalam LRT tanpa mempedulikan orang lain yang telah lama beratur serta tidak menghiraukan penumpang yang mahu keluar dari LRT tersebut.

Gelagat dua orang gadis Melayu itu diperhatikan oleh semua orang termasuk oleh beberapa pelancong luar negara yang turut beratur untuk memasuki LRT. Apakah itu yang dinamakan sebagai bersopan dan berdisplin?

Kedua, ketika di stesen LRT Masjid Jamek. Ketika aku mahu mengambil LRT untuk pulang ke Ampang. Keadaannya hampir sama, semua orang sedang beratur tiba-tiba sahaja datang sepasang kekasih berketurunan India yang tidak tahu menghormati orang lain, terus sahaja merempuh masuk tanpa mempedulikan orang yang sedang beratur dan penumpang yang mahu keluar. Apakah ini tanda rakyat Malaysia bersopan?

Kalau ini tidak cukup, lihat saja betapa 'bersopan-santun' nya rakyat Malaysia ketika di jalanraya.

Sunday, November 18, 2007

Munirah Hayati

Munirah Hayati

Satu nama satu wajah yang bertkahta dihati aku. Kalau Umno guna slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya' maka aku pun dengan bangganya curi slogan tu tapi buang 'Dulu' cuma tinggal 'Kini dan Selamanya'.

Maka jadilah Munirah- Kini dan Selamanya.

Hah... empunya nama Munirah itu mungkin tak suka aku curi slogan Umno, parti perompak yang diterajui oleh Dollah Badawi dan menantunya Beruk Hitam lulusan Oxford. Tapi buat masa ini, ketika aku tulis posting ini, hanya slogan itu yang aku mampu fikir.

Aku buat blog ini kerana aku tension dengan deadline aku yang last minute ada aje yang nak diubah. Tapi takde lah aku nak komplen banyak. Kalau tak kerana kerja di sini, mungkin aku tak jumpa Munirah. Semuanya adalah takdir.

Ok... Munirah Hayati... anak kepada dua pupu aku. Kiranya aku dan dia bersaudara tetapi kini dia adalah wanita yang paling aku cintai (jangan kira ma dan kakak aku).

Insya-Allah kalau tiada apa halangan, tanggal 15 Disember nanti, Munirah akan menjadi suri dihati aku (isteri lah tu hehe...).

Gembira hati aku bukan kepalang bila Munirah menyatakan kesudian dia untuk menerima aku sebagai bakal suami. Status aku sekarang cuma bakal suami sehinggalah 15 Disember nanti.

Aku sayang... ulang Aku sayang pada Munirah. Dia adalah wanita terbaik yang peranh aku jumpa. Namun sebagai manusia biasa aku sering membuat silap maka keraplah juga aku menguris hatinya. Aduh... aku tak mahu ingat dan aku tak mahu ulangi lagi. Aku tak mahu lukakan hati dia.

Hmmmm... aku tak tau nak tulis apa kerana sebenarnya aku masih tension tapi bila mengenangkan gelagat lucu Munirah... tension aku hilang.

Terima Kasih Tuhan kerana temukan aku dengan Munirah.