Thursday, September 4, 2008

16 September

Tinggal 12 hari lagi untuk ke 16 September. Tarikh ini ditunggu oleh semua orang. Jadi atau tidak.
Kalau tak jadi, rakyat akan marah, kecewa dan menuduh Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim menipu. Andainya ada mana-mana pilihanraya kecil di mana-mana tempat, modal ini akan digunakan sebagai bahan kempen BN.
Hanya satu peristiwa besar yang boleh mengakibatkan projek 16 September ini gagal dan rakyat akan melupakannya. Apa peristiwa tersebut tak tahu pulak tapi mungkin ada apa-apa yang akan berlaku dan telah dirancang.
Kalau 16 September kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk, maka pada 17 September harga minyak akan menjadi RM2.05 seliter.
16 September sama dengan tarikh pembentukan Malaysia, pengabungan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.
Tunggu saja lah... harap-harap jadi.

3 comments:

Hatiku said...

ada kemungkinan tak parlimen bubar 15 september?

irwan said...

Kemungkinan tu ada. Satu lagi kemungkinan adalah pengistiharan darurat. Tapi kedua-duanya bergantung kepada kelulusan KDYMM Agong.

Hatiku said...

tak pe, awal-awal lagi aku dah buang warna kuning daripada bendera malaysia.