Sejak mula beliau menyerang Umno(Baru) dan Presiden parti tersebut Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006, ramai yang menunggu beliau mengumumkan keluar dari parti yang diasaskannya sendiri.
Umum mengetahui bahawa Umno(Baru) yang ada pada hari ini adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir pada tahun 1988 apabila Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 telah diharamkan oleh Mahkamah.
Pengharaman Umno(lama) berpunca dari tindakan Mahathir yang tamak kuasa dan takut akan menerima kekalahan bila dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi) dalam pertandingan merebut jawatan presiden Umno pada tahun 1987.
Kerana mempunyai beberapa bahagian yang tidak didaftarkan, mahkamah memutuskan bahawa Umno sebuah pertubuhan yang haram dan ianya perlu dibubarkan. Maka Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 berkubur dan diganti dengan Umno yang didaftarkan pada tahun 1988 dengan penambahan perkataan ‘Baru’ dibelakangnya.
Selepas itu, perkataaan ‘Baru’ itu tidak lagi disebut dan Umno yang ada itu dianggap Umno yang sama dengan Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946. Malah pada 11 Mei yang lalu, pemimpin dan ahli Umno merayakan sambutan ulangtahun ke 62 tahun Umno sedangkan Umno yang ada pada hari ini baru berusia sekitar 20 tahun.
Umno(Baru) yang ditubuhkan pada tahun 1988 ini jauh berbeza dengan Umno (Lama) yang lahir pada tahun 1946. Umno(Baru) adalah milik Dr Mahathir kerana beliau adalah pengasas Umno(Baru) ini.
Umno(Baru) tidak lagi berjuang untuk kepentingan orang Melayu sepertimana tujuan asal penubuhan Umno pada tahun 1946. Umno(Baru) hanya berjuang untuk orang Melayu ketika menghadapi pilihanraya Umum atau ketika mengadakan persidangan tahunan mereka.
Ketika itulah pemimpin-pemimpin Umno(Baru) akan menggunakan pentas untuk memukau seluruh rakyat
Sedangkan yang mereka perjuangkan adalah kepentingan anak, isteri dan kroni. Kepentingan orang Melayu langsung tidak ada dalam agenda politik pemimpin-pemimpin Umno(Baru). Ahli Umno(Baru) dan orang Melayu terus menerus ditipu oleh pemimpin-pemimpin Umno(Baru).
Inilah bezanya Umno(Baru) dan Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946. Biarpun Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu mendapat tajaan British dan merupakan satu projek British untuk menutup kegiatan mereka yang merompak khazanah milik rakyat negara ini, ianya tidaklah seteruk Umno(Baru) yang diasaskan oleh pemilik nama asal Mahathir a/l Iskandar Kutty.
Kerana beliau yang menubuhkan Umno(Baru) ini maka tidak hairan jika Mahathir juga akan bertindak memusnahkan parti yang mempunyai ahli berjumlah tiga juta orang ini.
Mahathir tentunya sanggup berbuat apa sahaja untuk memuaskan hatinya kerana desakan beliau agar Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan tidak dihiraukan.
Kerana dendam ini tidak mustahil beliau akan berusaha untuk melenyapkan Umno dari politik
Lihat saja apa yang telah beliau lakukan terhadap Umno(Lama). Mahathir tidak langsung peduli nasib parti yang ditubuhkan ketika negara belum mencapai kemerdekaan lagi. Hanya kerana mahu kekal menjadi presiden parti, beliau sanggup menubuhkan cawangan yang tidak berdaftar dan akibatnya parti itu diharamkan.
Itu adalah antara contoh Mahathir sanggup berbuat apa saja untuk memuaskan hatinya sendiri. Beliau sanggup melihat parti yang kononnya berjasa kepada orang Melayu itu berkubur dan tinggal menjadi sejarah.
Selain tindakan itu, Mahathir yang pernah dibuang dari Umno(Lama) oleh Tunku Abdul Rahman sanggup menggunakan gerakan mahasiswa untuk berkempen memburuk-burukkan Perdana Menteri Pertama
Bila beliau diterima kembali menyertai Umno dan diberikan jawatan Menteri Pelajaran, Mahathir sanggup pula membuat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) hanya kerana tidak mahu mahasiswa terlibat dalam politik dan mengancam perjalanan beliau untuk menguasai tampuk pemerintahan negara.
Pemecatan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno juga adalah satu lagi contoh tindakan Mahathir yang sanggup berbuat apa saja demi memuaskan hatinya sendiri.
Anwar menyertai Umno hasil dari pelawaan Mahathir dan naik mendadak dalam hiraki kepimpinan Umno hasil dari didikan Mahathir.
Namun kerana Anwar dilihat akan memusnahkan legasi beliau jika mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Mahathir sanggup memecat bekas pemimpin Abim itu dari semua jawatan kabinet dan parti.
Anwar bukan sahaja dipecat tetapi diaibkan dengan pelbagai tuduhan hingga sanggup mengusung tilam ke mahkamah hanya semata-mata mahu membuktikan bahawa Anwar bersalah dan namanya akan buruk pada pandangan rakyat
Kini, Mahathir berusaha memburuk-burukkan nama Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang dipilih oleh beliau sendiri.
Pelbagai tohmahan dilontarkan terhadap Abdullah hanya kerana Perdana Menteri kelima
Tidak cukup dengan tohmahan terhadap Abdullah, Mahathir turut menyerang menantu Abdullah yang lahir di
Mahathir yang sebelum ini beria-ia mengatakan bahawa beliau adalah ahli nombor satu Umno(Baru) dan juga merupakan ahli seumur hidup parti yang berusia 20 tahun tersebut. Tetapi pada 19 Mei lalu beliau mengumumkan keluar dari Umno(Baru) sambil mengajak ahli-ahli parti dan pemimpin-pemimpin lain mengikut jejak langkah beliau.
Tindakan beliau ini tidak lain tidak bukan hanyalah kerana mahu memuaskan hati beliau sendiri. Beliau mahu Abdullah Ahmad Badawi segera berundur dan Najib Razak mengambil alih jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri
Jika Najib menjadi Perdana Menteri, mungkin Mahathir dan kroni-kroni beliau akan terselamat dari dikenakan tindakan akibat dari skandal pita video V.K Linggam.
Namun apa pun, Najib tidak seharusnya diberikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri
Kini tiba masanya untuk Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan
Ini adalah masa yang terbaik untuk Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru di
NOTA: artikel ini disiarkan di Siasah (Kel: 25 Mei - 30 Mei)
No comments:
Post a Comment