Tadi pagi secara tidak sengaja, aku mengikuti Datuk Paduka Haji Husam Musa melawat Dun Salor tempat beliau akan bertanding dalam Pilihanraya Umum 8 Mac nanti.
Tadi pagi ketika hendak ke pejabat bersama Basri (aku menumpang Basri ke pejabat kerana aku masih belum tahu memandu), kami terserempak Datuk Haji Husam di tepi jalan dalam Naza Carnivallnya.
Beliau melambai tangan kepada aku, meminta kami berhenti. Aku turun dari kereta dan mendapatkan Datuk Haji Husam.
"Nak kemana?" soal beliau.
"Ke ofis tok," aku jawab pendek.
"Ada apa program?" soal beliau lagi.
"Prepare untuk pc Datuk nanti la," aku jawab lagi.
"Ikut saya sekejap... naik kereta tu boleh," soal beliau sambil menunjukkan ke arah kereta kancil biru yang dipandu Basri.
Aku mendapatkan Basri dan memberitahu apa yang Datuk Haji Husam inginkan. Selepas beliau meletakkan Naza Carnivallnya di satu tempat, kami menuju ke arah beliau. Lalu beliau naik dan mengarahkan kami menuju ke satu tempat.
Tempat pertama, sebuah kedai kopi, sarapan sebelum seorang penghulu datang mendapatkan beliau. Belum sempat habis air diminum, sudah ada permintaan agar Datuk Haji Husam ke satu tempat lain.
Tempat kedua, kedai kopi juga, Datuk Haji Husam mendapatkan sebungkus nasi kerabu untuk dimakan sambil dia berbual-bual dengan pelanggan yang ada di kedai tersebut. Kemudian kami ke sebuah rumah di mana anak kepada pemilik rumah ini sudah setahun terbaring kerana accident. Datuk Haji Husam mendapatkan nama individu tersebut untuk diberikan bantuan pada 5hb Mac nanti. Aku lihat dalam senarai itu sudah banyak nama yang siap ditaip.
Kemudian setelah mendapat dua batang tebu untuk ditanam dari jiran (orang Umno) kepada pakcik yang anaknya terlantar sakit itu, kami singgah lagi di sebuah kedai kopi lain. Datuk Husam mendapatkan dua biji telur setengah masak sebelum pergi ke beberapa buah rumah orang miskin dan juga beberapa buah rumah masyarakt Cina yang terdapat disitu.
Kata orang Cina di kawasan itu, "Jangan bimbang, kami pangkah BULAN, pangkah BN... sengsara kami nanti,"
Selepas itu kami menuju ke sebuah rumah yang baru saja berlaku kematian. Datuk Haji Husam, aku, Basri dan seorang lagi yang tak aku ketahui namanya sempat mensedekahkan fatihah. Aku lihat riak kesedihan di wajah Datuk Haji Husam bila melihat anak-anak si mati yang masih kecil.
Selepas itu, kami ke beberapa buah rumah lain. Salah sebuah rumah yang berhampiran dengan rumah si mati terdapat seorang makcik tua yang mempunyai seorang anak bisu. Anak ini boleh menjahit tetapi kerana kemiskinan, dia tidak mampu untuk membeli mesin jahit untuk mengambil upah menjahit, lalu Datuk Haji Husam berkata, "Ambo beli mesin jahit... ambo sedekoh,"
Makcik itu aku lihat bergenang airmata bila mendapat tahu anaknya yang bisu akan mendapat sebuah mesin jahit baru selewat-lewatnya esok.
Kemudian, datuk Haji Husam terpaksa menghadiri mesyuarat di Pejabat PAS Dun Salor. Aku dan Basri tinggal beliau disitu kerana drivernya sudah siap menunggu.
Datuk Paduka Haji Husam hanya menaiki kancil untuk bertemu rakyat. Kata salah seorang penduduk yang sempat aku berbual, kalau calon Umno/BN barang tentu naik Mercedes cermin gelap atau Harrier.
Apa yang dilakukan oleh Datuk Haji Husam bukanlah lakonan menjelang pilihanraya tetapi beliau memang seorang yang humble dan senang didekati biarpun berwajah serius.
No comments:
Post a Comment