Rakyat sudah bersuara, Abdullah wajar berundur
Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) sudah ketahui umum. Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa dengan kehilangan majoriti dua pertiga. Ini adalah merupakan kali pertama dalam sejarah, BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.
Lebih parah lagi keputusan PRU12 menyaksikan BN kehilangan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah disamping terus gagal menawan Kelantan sejak 1990.
Rakyat
Keputusan PRU12 juga boleh diibaratkan satu gelombang umpama tsunami yang menimpa BN dan cukup untuk membuatkan pemimpin BN resah gelisah menghadapi kebangkitan rakyat.
Kebangkitan rakyat ini juga menyaksikan beberapa pemimpin kanan parti komponen BN serta beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri tersungkur.
Berbeza dari pilihanraya sebelumnya, kali ini pemimpin BN tidak lagi mendabik dada dan angkuh. Malah kebanyakkan dari pemimpin BN enggan bertemu dan menjawab soalan wartawan. Abdullah sendiri hanya membuat kenyataan media selama
Suasana di PWTC pada malam pengiraan undi itu agak muram. Abdullah yang tiba beberapa jam kemudian juga kelihatan tidak ceria berbeza ketika beliau menunggu keputusan Pilihanraya Umum ke 11 (PRU11) pada tahun 2004.
Stesen-stesen televisyen juga terpaksa membuat rancangan analisa pilihanraya bersama beberapa tokoh yang turut terkejut dengan kekalahan teruk BN.
Analaisa-analisa dibuat mengenai kekalahan BN dan stesen TV pula seolah
Usaha untuk menipu rakyat dan melambatkan keputusan tidak berjaya hinggakan ada para penganalisa politik yang dijemput menyindir tindakan bodoh stesen TV tersebut.
BN hanya memperolehi 137 kerusi parlimen berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan. Kabinet baru sukar untuk dibentuk biarpun BN masih menjadi kerajaan kerana ramai pemimpin utama BN tewas.
Khairy antara faktor kekalahan
Akibat dari kekalahan teruk BN dalam PRU12 ini, ramai pemimpin BN mula menunding jari ke arah menantu kesanyangan Abdullah iaitu Khairy Jamaluddin yang menang kerusi parlimen Rembau selepas tiga kali kiraan.
Pemimpin BN tidak hanya menyalahkan kegagalan Abdullah tetapi turut melepaskan marah mereka kepada Khairy yang selama ini bergitu berkuasa hingga menjadi bongkak dan angkuh.
Keputusan PRU12 membuktikan bahawa rakyat menolak kepimpinan ala samseng yang dibawa oleh Khairy. Keputusan PRU12 juga membuktikan rakyat menolak pemimpin yang kerap tertidur seperti Abdullah Ahamad Badawi.
Ahli-ahli Umno secara jelas menyatakan kekalahan teruk BN ini adalah disebabkan oleh campur tangan Khairy yang melampau dalam pentadbiran bapa mertuanya.
Abdullah pula selama empat tahun lalu membuat kesilapan kerana tidak mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Majlis Tertinggi Umno sebaliknya lebih mengutamakan nasihat dari anak beliau Kamaluddin dan dari suaminya Nori, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Tiada Bin seperti tercatat dalam kad pengenalan beliau).
Selain Kamaluddin dan Khairy, Abdullah turut membiarkan individu seperti Kalimullah mencampuri urusan pentandiran negara dan Umno. Ini menyebabkan ahli Umno dan rakyat
Masalah yang paling besar didakwa orang-orang Umno ialah campur tangan Khairy meletakkan orang-orangnya dalam senarai calon BN sehingga mengetepikan ramai incumbent.
Akibat daripada campur tangan ini, orang-orang Umno memboikot calon BN, jentera pilihan raya tidak digerakkan dan mereka enggan keluar mengundi calon pilihan Khairy.
Bukan hanya ahli Umno yang menolak calon pilihan Khairy malah rakyat
Lihat saja di Kelantan, keanggkuhan Khairy dengan kempen ‘Pade Doh 18 Tahun PAS’ dan ‘2008 Tahun Merawat Kelantan’ serta tindakan Khiary bersama pemimpin Umno lain yang mengecam kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dibalas dengan kekalaha teruk.
Rakyat Kelantan membalas kempen Khairy dan Umno dengan kempen mereka sendiri ‘Pade Doh 50 Tahun BN’ serta ‘2008 tahun merawat pemimpin BN’. Akibatnya BN hanya memperolehi enam kerusi sahaja berbading 22 ketika PRU11 2004 yang lalu.
Rakyat sudah lakukan protes
Selama ini jika ada rakyat yang membuat demonstrasi jalanan, Abdullah dan pemimpin BN akan segera memberi nasihat agar tidak melakukan protes dijalanan tetapi menggunakan cara yang betul untuk meluahkan marah mereka.
Keputusan PRU12 ini boleh dianggap rakyat menurut nasihat Abdullah dan pemimpin BN agar menggunakan saluran yang betul untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.
Rakyat sudah bersuara mengikut kehendak Abdullah dan pemimpin BN. Rakyat tidak lagi turun ke jalanraya hingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengarahkan ribuan anggota polis mengawal mereka.
Rakyat sudah menyatakan protes mereka melalui pilihanraya. Kini Abdullah, Khairy, Najib dan pemimpin BN perlu mendengar suara rakyat kerana mereka yang mahukan rakyat bersuara melalui pilihanraya.
PRU12 sudah selesai. Rakyat
No comments:
Post a Comment