Tadi siang, Tuan Guru Datuk Nik Aziz b Nik Mat datang ke studio untuk sidang media khas. Sehari selepas penamaan calon, hampir setiap hari akan diadakan sidang media di studio Global Media Channel (ofis aku). Dan yang sering membuat sidang media adalah Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa. Setiap hari, Dato' Husam akan berdepan dengan wartawan, mendedahkan pelbagai isu (yang tak akan mungkin disiarkan oleh media siar arus perdana) dan menjawab pelbagai isu.
Hari ketiga diadakan sidang media, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa hadir untuk bertemu wartawan yang bukan hanya dari Malaysia tapi ada juga dari Singapura dan Hong Kong.
Hari ini, bukan setakat Dato' Husam tetapi hadir sama adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Salahuddin Ayob dan selepas keduanya barulah Tuan Guru Datuk Nik Aziz hadir.
Dua hari sebelumnya, Tuan Guru Datuk Nik Aziz bersama Dato' Husam ke Kuala Lumpur untuk bertemu anak-anak Kelantan di perantauan. Majlis diadakan di sebelah malam bertempat di Hotel Nikko. Lebih 5000 orang yang hadir. Antara pesanan Tuan Guru Datuk Nik Aziz kepada anak-anak Kelantan adalah begini.
"Balik lah mengundi. Kalau ada duit beli sendiri tiket bas, kalau tak ada duit naik bas yang Umno sediakan, naik je terus takbir... kalau driver bas nak patah balik, ambik alih tugas driver bawak bas tu balik ke Kelantan dan pertahankan kerajaan yang ditadbir oleh PAS. Kalau Umno bagi duit RM500, ambik dan balik juga tapi jangan naik bas... naik kapal terbang,"
Dan anak-anak Kelantan di perantaun seramai lebih 5000 orang itu berjanji, jika terpaksa merangkak sekalipun mereka akan balik untuk mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.
Tuhan, nama aku Irwan. Aku memohon kepada Mu pemilik kerajaan langit dan bumi agar memberikan kemenangan kepada PAS di Kelantan dalam Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) 8 Mac nanti. Sesungguhnya, hanya inilah satu-satunya kerajaan yang ada di Malaysia yang bebas dari rasuah dan mentadbir negeri mengikut apa yang kau perintahkan.
p/s: Menulis posting ini ketika sedang merindui isteri tercinta Munirah. E sayang Nirah!
No comments:
Post a Comment